Tuesday 5 July 2011

Nak Kusyuk Solat? Cuba 16 Tips... Jeng jeng jeng..


Assalamualaikum kengkawan semua. Adake yang tercari-cari rahsia kusyuk dalam solat? Al maklumlah.. Di zaman penuh cobaan ini, macam-macam perkara yang kita fikir sampai terbawak2 dalam solat. Mesti ader rasa serba salah ngan Allah SWT.. Cuba try 16 tip di bawah.. Insya'allah berjaya dalam solat. X dapat semua, sikit pun jadilah, yang penting usaha. Betul x kengkawan? Cuba tau, jangan x cuba.

1. Solat Berjemaah.. (Lebih Afdhal di masjid)

2. Makan dan minuman pastikan dari sumber yang halal. Dari syubhahpun x mau, tepis-tepiskan atau tapis-tapiskan.

3. Membanyakkan sedekah.

4. Jangan tahan perkara yang mengundang rasa x selesa, contohnya: buang air kecil ke, air besar ke atau angin ke. Tapi kata ustaz, kalau ragu-ragu ader angin ke tak, leh teruskan sbb.. ragu-ragu x membina hukum. Hanya yang jelas tau..


5. Mengambil wuduq dengan sempurna, fokus abis-abis.

6. Pakai pakaian yang bersih dan kemas, pakai minyak wangi jugak tau. Jumpa kekasih la katakan.

7. Solat 'sharpe' waktu. Tenang jer insya'allah.

8. Tempat sujud tu, x der gambar2 lah kalau boleh. Kosong lg baik.

9. Salu ingat mati, insya'allah lagi kusyuk.

10. Fokuskan fikiran, ingatkat Allah betul2 masa laksanakannya.
11. Wujudkan rasa takut pada-Nya.

12. Memahami segala maksud, surah-surah, bacaan, kalimah diucap serta faham pergerakkan tu tujuan untuk apa. Contohnya, sujud.. (menghambakan diri).. Then, jangan lupa doa masa sujud. Dekat sgt dah tu dengan Allah.. Mintak jangan x mintak (Yang elok-elok sahaja).

13. Sebelum takbir baca surah An-Nas, selawat Nabi dan istighfar bebanyak.

14. Pandang tempat sujud dan elak bergerak banyak. Dikuatiri batal pulak.

15. Kalau rukuk dan sujud, lama sikit. Biar rasakan betul-betul Allah tu Maha Besar n Sangat Pemurah.

16. Pastikan x bising sgt kawasan tu, Kalau tv pasang, tutup kejap.

Kengkawan semua, mcm mana? Boleh x, agaknya wat perkara-perkara di atas? Rasanya x susah sgt. Tampung juga dengan Solat Sunat Rawatib. Kalau x kusyuk leh solat lagi sekali, setidak-tidakpun cuba mohon maaf pada Allah di mana yang kurang dan mohon supaya Allah terima solat kita. Kalau Allah x terima, solat kita akan digulung dan dihempaskan ke muka kita. Malunya kengkawan. Do the best k.

Selesai. Selamat Mencuba.

1 comment:

  1. salam..nk tnya if kita dh amik wuduk..pas2 pkai la compact powder..hmm dikira boleh dibawa smyg or not?
    G satu dgr kata minyak wangi b'alkohol pon blh pkai smyg?btui ke?

    ReplyDelete

Sudi-sudi..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...