Sunday 17 July 2011

Susu Sumber Khasiat


Susu kaya dengan segala khasiat yang diperlukan oleh tubuh kita. Sebab itu lah anda dinasihatkan agar tidak meninggalkan waktu sarapan atau mana-mana waktu makan yang lain agar anda kekal sihat dan cergas.

Segala khasiat yang terdapat dalam susu didapati cukup seimbang untuk keperluan tubuh kita. Ia menjadi sumber tenaga bagi membantu anda menjalani waktu sihat dan lebih bertenaga.

Para penggemar susu mempunyai diet seimbang yang lebih berkhasiat kerana susu mengandungi kombinasi nutrien-nutrien penting seperti kalsium, protien, karbohidrat dan Vitamin B2. Selain itu banyak juga fakta yang jarang diketahui tentang susu seperti kandunga Vitamin B2 yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga daripada protien, lemak dan karbohidrat.

Sebab itulah anda disyorkan mengambil 2 gelas susu sehari bagi membantu anda menjalani aktiviti harian anda dengan baik. Ia juga dapat menggantikan sarapan pagi yang sering anda tinggalkan setiap hari.

Sebarkan kebaikan susu dengan meminum segelas susu setiap pagi agar hari anda dimulakan dengan lebih ceria dan bertenaga. Malah dengan mengambil segelas susu sebelum tidur juga dapat memastikan anda kekal cergas dan sihat keesokkan hari.

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...