Sunday 17 July 2011

Bantalpun Ader Cara Nak Pilih Ke? 3 Cara..


Salam kengkawan semua, boleh tidur nyenyak ke malam2 tu? X nyenyak? Kenapa yek? Hmmm.. mesti sebab tersalah pilih bantal ni. Betul x? Ha.. kat sini kita akan tunjukkan 3 cara pilih bantal. X yah salin lah.. sikit je kengkawan semua.. Cara memilihnya adalah mengikut cara anda tidur. Panduannya adalah seperti berikut;

Tidur Mengiring
-Anda memerlukan bantal yang empuk di mana dapat menyokong kepala dan leher, agar tulang belakang anda kekal lurus dan dalam garisan yang horizontal.

Tidur Menelentang
-Ia sepatutnya dapat menyokong bentuk tulang belakang anda dengan dengan sokongan di bawah kepala, leher dan juga dibahagian bahu. Ketinggian bantal anda seharusnya lebih rendah daripada posisi bahagian tepinya.

Tidur Meniarap
-Bantal yang ideal adalah yang lembut dan rata di mana kepala dan leher tidak secara sengaja beralih arah tetapi hanya sekadar diangkat sedikit untuk mengubah kedudukan agar tulang belakang anda sentiasa berada dalam keadaan selari.

Tu saja yer.. Jangan lupa pulak, nak tidur tu, leh baca surah Al-Waqiah dan Al-Mulk untuk murah rezeki serta dihindar dari azab api neraka. Juga doa sebelum tidur dan doa selepas tidur. 

Selesai, selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...