Friday 15 July 2011

Gegaran Otak Pada Bayi Dan Kanak-kanak


Ia merupakan trauma kepala melibatkan tisu-tisu otak. Akibat daripada trauma, otak yang berada di dalam tempurung kepala telah bergegar dan mengganggu fungsi otak. Biasanya gangguan ini hanya bersifat sementara dan tiada kecederaan tisu yang kekal. Bagaimanapun Sindrom Impak kedua boleh menyebabkan kecederaan yang serius dan boleh bersifat kekal.

Antara tanda-tanda konkusi ialah:
-Pengsan yang sekejap
-Kebingungan
-Hilang ingatan sekejap
-Mata terkebil-kebil dan tiada respon sekejap
-Hilang koordinasi
-Perubahan sikap

Sindrom Gegaran Otak

Bayi yang berusia kurang dari 18 bulan mempunyai umbun-umbun yang lembut. Justeru itu risiko untuk tempurung kepala tercedera adalah lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang lebih besar. Di samping itu, bayi juga mempunyai keadaan fizikal kepala yang lebih berat daripada badan membuatkan kepala mereka mudah terjatuh terlebih dahulu. Penggunaan buaian untuk bayi semamangnya tidak digalakkan. Ia mendedahkan bayi tersebut kepada risiko jatuh daripada buaian. Kadangkala gegaran otak boleh juga berlaku jika hayunan atau henjutan bayi tersebut terlalu kuat.

Di samping itu penggunaan walker untuk kanak-kanak kecil juga tidak digalakkan terdapat banyak kes di mana kecederaan kepala berlaku akibat jatuh daripada walker. Penggunaan walker tidak sekali-kali membantu atau mempercepatkan proses kanak-kanak itu belajar bejalan. Berilah perhatian yang sebaik mungkin kepada kanak-kanak kecil yang mula berjalan kerana mereka mempunyai risiko terhantuk atau jatuh, seterusnya menyebabkan kecederaan kepala.

Bagi kanak-kanak yang jatuh dan mengalami pengsan, dapatkan nasihat doktor secepat mungkin. Sementara itu, sebarang kecederaan yang berlaku kepada bayi berumur 6 bulan perlu mendapat nasihat doktor.
Konkusi kanak-kanak

Kanak-kanak yang lebih besar berisiko mendapat kederaan kepala ketika bermain di taman permainan, menunggang basikal, bermain sukan atau terkena objek balingan. Justera pematuhan terhadap langkah-langkah keselamatan adalah tindakan yang sebaiknya seperti pemakaian alatan perlindungan kepala ketika menunggang basikal.

Berdasarkan kajian neorologi Amerika, terdapat beberapa tahap konkusi. Konkusi tahap pertama ialah mengalami gegaran otak yang menyebabkan kebingungan dalam masa kurang dari 15 minit. Tiada sebarang hilang kesedaran atau pengsan. Sebaiknya kanak-kanak ini direhatkan daripada bermain. Lakukan pemantauan berterusan sehingga kenak-kanak tersebut pulih sepenuhnya. Walaubagaimanapun, jika kanak-kanak tersebut masih lagi kebingungan selepas 15 minit kecederaan, dapatkan nasihat doktor secepat mungkin.

Tahap kedua dan ketiga ialah melibatkan kebingungan yang berterusan melebihi 15 minit atau pengsan. Jika ini berlaku, kanak-kanak ini tidak dibenarkan menyambung permainan. Dapatkan nasihat doktor. Ini merupakan langkah yang penting untuk mencegah sindrom impak kedua yang merbahaya. Sindrom impak kedua berlaku apabila gegaran otak berlaku berulangkali dan akibat berlaku kecederaan otak secara kumulatif.

Sindrom selepas konkusi

Sindrom selepas konkusi (post concussion syndrome) boleh berlaku selepas gegaran otak. Ia boleh berterusan beberapa hari, minggu atau bulan selepas konkusi. Lebih kurang 15 hingga 50% mangsa konkusi akan mendapat sindrom ini. Pengesanan sindrom ini di kalangan kank-kanak kecil lebih rumit kerana mereka tidak pandai memberitahu tanda-tanda sindrom ini.

Dalam konteks perubatan, sindrom selepas konkusi terdiri daripada tanda-tanda berikut iaitu: sakit kepala, pening, mudah letih, mudah marah, emosi yang tidak stabil, susah untuk tidur, gangguan konsentrasi, gangguan ingatan atau memori; dan tidak mampu menghadapi tekanan atau stres. Kebiasaannya kanak-kanak yang menghidap sindrom ini akan menjalani imbasan otak. Tiada rawatan khusus untuk merawati masalah sindrom ini. Ubat-ubatan seperti penahan sakit mungkin diberikan jika kanak-kanak tersebut mengadu sakit kepala atau pening. Jika sindrom ini berterusan, kanak-kanak ini mungkin perlu mendapatkan rawatan daripada pakar neorologi kanak-kanak atau psikologis. Kebanyakkan pesakit sindrom ini akan pulih seratus peratus kurang dari 3 bulan selepas kecederaan kepala.

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...