Salam kengkawan semua, dah cari info tentang Bulan Ramadan dan apa amalan-amalan sunat di bulan yang mulia yang akan bermula beberapa hari lagi. Di sini, ditunjukkan tetang amalan solat sunat Tarawih. Solat tersebut merupakan solat yang hanya dapat dilaksanakan hanya pada malam-malam bulan Ramadhan sahaja yang dikerjakan secara jemaah atau bersendirian. Maksud solat tarawih adalah solat dengan cara berehat-rehat yang merupakan salah satu cara untuk menghidupkan suasana malam-malam bulan Ramadhan Al-Mubarak. Solat ini dilakukan selepas solat isyak dan sangat-sangat dituntut oleh Islam (Sunat Muakad) kerana terdapat kelebihan-kelebihan dan keutamaan. Keutamaan solat Tarawih yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW, yakni nabi junjungan kita tentang keutamaan-keutamaan tersebut adalah seperti berikut;
Malam ke 1
Orang Mukmin terlepas dari dosanya, bersih seperti hari ia dilahirkan oleh ibunya
Malam ke 2
Dia dan ibu bapanya (jika keduanya orang Mukmin) diampuni segala dosa
Malam ke 3
Ada salah satu malaikat mengundang dari bawah 'Arasy katanya, "Mulailah bekerja kerana Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah lalu"
Malam ke 4
Baginya pahala sebanyak pahala membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran
Malam ke 5
Allah memberi pahala kepadanya seperti pahala orang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram, Masjidil Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjid di Al-Aqsa
Malam ke 6
Allah memberi pahala kepadanya seperti pahala orang yang melakukan tawaf fi Baitil Ma'mur dan memohon ampun pula untuknya semua batu-batu dan tanah liat keras
Malam ke 7
Seakan-akan dia bertemu dengan Nabi Musa AS. dan membantunya memerangi Fir'aun dan Haman
Malam ke 8
Allah memberikannya seperti apa-apa yang diberikan kepada Nabi Ibrahim AS
Malam ke 9
Seakan-akan dia mengerjakan ibadah Nabi Muhammad SAW
Malam ke 10
Allah memberikan rezeki kepadanya kebaikan dunia dan akhirat
Malam ke 11
Dia akan keluar dari dunia(mati) seperti hari dia dilahirkan dari kandungan ibunya
Malam ke 12
Dia datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang cantik seperti bulan penuh purnama
Malam ke 13
Pada hari Kiamat dia aman dan selamat daripada segala risiko
Malam ke 14
Para malaikat telah datang persaksian bahawa dia sungguh-sungguh telah mengerjakan solat Tarawih dan Allah tidak akan menghisapkannya pada hari kiamat nanti
Malam ke 15
Para Malaikat dan para pembawa 'Arasy dan Kursi' memohonkan tambahan kebaikan untuknya
Malam ke 16
Allah mencatat dia bebas dan selamat dari api neraka dan bebas untuk memasuki syurga
Malam ke 17
Dia diberi pahala sebanyak pahala para Nabi
Malam ke 18
Salam seorang Malaikat mengundangnya, 'Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah redha kepadamu dan kepada kedua orang tuamu".
Malam ke 19
Allah mengangkatnya di Syurga Firdaus
Malam ke 20
Dia diberi pahala sebanyak pahala syuhada' dan para solihin
Malam ke 21
Allah membangunkan baginya sebuah kota di dalam syurga
Malam ke 22
Di hari Kiamat dia datangdengan keadaan aman dari segala macam rasa susah dan duka
Malam ke 23
Allah membangunkan baginya sebuah kota di dalam syurga
Malam ke 24
Baginya 24 doa yang dimakbulkan oleh Allah
Malam ke 25
Allah menghapuskan seksa kubur daripadanya
Malam ke 26
Allah meningkatkan baginya pahala selama 40 tahun
Malam ke 27
Di hari kiamat dia melawati (melalui) jabatan Ash-Shirath dengan muda lagi cepat laksana halilintar menyambar
Malam ke 28
Allah mengangkat 1000 darjat baginya di dalam syurga
Malam ke 29
Allah SWT memberinya pahala 1000 ibadah haji yang mabrur
Malam ke 30
Allah SWT berFirman, "makanlah buah-buahan syurga, mandilah dengan air Salsabil dan minumlah dari telaga Khauthar, AKU adalah Tuhanmu dan engkau adalah hambaKU. (Petikan dari Kitab Majaalis).
Namun perlu diselesaikan dahulu solat-solat yang wajib serta ibadah wajib yang lain, kerana solat ini merupakan solat sunat. Selain itu, lakukan ia dan lebihkan rasa ingin mendekatkan diri kepada Allah SWT Maha Pencipta dan Keredhaan melebihi rasa ingin mengejar ganjaran sahaja. Apa-apapun segala amalan baik yang ikhlas, insya'allah mendapat ganjaran yang besar serta memperoleh ketenangan di dunia dan di akhirat.
Selesai, selamat beramal.
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudi..