Thursday 30 June 2011

Bilik Sepah? Jom Kemas.. 9 Langkah Jer


Ha.. Pernah lalui simptom malas nak kemas bilik?.. Pada yang terjebak dengan keadaan bilik yang terlampau bersepah dengan kertas-kertas atau barang-barang di atas lantai dan katil..  Hmmm.. di sini ditunjukkan langkah-langkah secara terpeinci untuk mendapatkan jugak bilik kemas walaupun dalam waktu tersebut anda rasa malas sangat

Langkah 1
Baca bismillah dulu tau. Jika waktu anda hendak mengemas bilik, keadaan anda terasa sgt letih. Jadi, anda ambil masa setengah jam atau 1 jam untuk tido dahulu. Tujuannya adalah meneutralkan negatif dan positif dalam badan. Begitu juga jika anda rasa sgt lapar, anda haruslah makan dahulu. Sbb, anda mungkin perlu memastikan kertas-kertas yang berselerak samada perlu dibuang atau disimpan.

Langkah 2
Kalau boleh, anda pakai selipar rumah yang boleh dibeli di guardian atau pasaraya. Lebih baik memakainya kerana kaki anda tidak akan mengotorkan lantai yang sudah dicuci atau dimop.

Langkah 3
Pasang lagu kesukaan. Ia bertujuan mendatangkan mood atau semangat. Banyaklah idea anda nanti samada nak buat ubahsuai perabut ataupun tidak.

Langkah 4
Jika siang, bukak tingkap bertujuan untuk membenarkan udara segar masuk ke bilik.

Langkah 5
Kosongkan atas katil dan mula tarik ke tepi cadar. Jika anda rasa perlu tukar cadar, anda boleh juga berbuat demikian. Susun juga batal-batal dan bantal panjang dengan teratur. Jika ader baju-baju masukkan ke dalam bakul.

Langkah 6
Alihkan benda-benda besar, seperti kotak-kotak, kerusi atau meja. Susun atau letak di luar bilik dahulu.

Langkah 7
Kertas-kertas yang ada, asingkan samada yang hendak disimpan atau dibuang. Bila plastik sampah sudah penuh, gantikan dengan yang baru. Secara sikologi dapat membuantkan udara rasa segar. Buang habuk atau sarang labah-labah di sekeliling bilik dengan menggunakan penyapu. Sapu lantai dengan penyapu atau 'vakum'.

Langkah 8
Susun semula kotak-kotak, kerusi dan meja tadi. Letakkan lapik jika boleh. Kemudian lapkan perabut-perabut ini dengan kain yang dibasahkan dengan air suam atau pencuci perabut.

Langkah 9
Mop lantai. Buang bahan-bahan sisa di dalam plastik ke luar rumah. Bila dah selesai, ucapkan Alhamdulillah. Boleh hargai diri anda dengan membeli aiskrim. Agar dikemudian hari anda rasa lebih bersemangat mengemas bilik.

Oh ya... Baju-baju tadi boleh la dilipat sambil melihat rancangan kegemaran. Selamat mencuba.

1 comment:

Sudi-sudi..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...