Sunday 17 July 2011

6 Tips Latih Anak Tidur Awal


Si kecil yang sedang membesar memang gemar bermain. Waktu-waktu sebegini sememangnya menyeronokkan namun memerlukan tenaga yang banyak. Oleh itu si kecil memerlukan jumlah tidur yang mencukupi bagi memastikan tumbesaran mereka tidak terganggu. Biarpun begitu sukar sekali untuk mendidik si manja untuk tidur awal kerana pada waktu begini, si manja begitu teruja untuk bermain, belajar dan bereksperimentasi. Bagaimana agaknya ibu bapa mendidik anaknya tidur awal? Tip di bawah mungkin boleh membantu ibu dan bapa untuk tidur awal.

1. Bilik tidur yang selesa
Keselesaan merupakan antara faktor penting dalam memastikan tidur yang lena. Tilam dan bantal yang empuk, warna cadar ang lembut serta ruang bilik yang kemas dan teratur boleh mempengaruhi tidur si manja. Selain itu, pastikan suasan bilik tidak bising ketika menidurkan si manja agar tidurnya tidak mengganggu.

2. Waktu tidur yang menyenangkan
Wujudkanlah rutin sebelum tidur yang boleh memberi ketenangan kepada si kecil. Cuba mandikan si kecil dengan air suam dan sabun aromaterapi seperti lavender. Selain itu, bagi si kecil sangat gemar berimaginasi, apa kata akhiri tidur malamnya dengan bacaan ceritera yang indah. Juga boleh dengan memasang alunan ayat Al-quran atau menyanyi sendiri. Selain itu, alunan muzik berentak perlahan dan mengasyikkan juga boleh menidurkan si kecil.

3. Elakkan makan dalam jumlah yang banyak
Pengambilan makanan yang berat dalam jumlah yang banyak sebelum tidur boleh menganggu kualiti tidur terutamanya bagi si kecil. Oleh itu sebaik-baiknya beri si kecil dengan secawan minuman coklat panas (atas 3 tahun) ataupun segelas susu sebelum tidur untuk mengalas perut. Si kecil yang terlalu kenyang pastinya mengalami kesukaran untuk tidur.

4. Lakukan aktiviti
Si kecil amat mudah untuk tidur sekiranya mereka letih. Jadi, apakata penuhkan aktiviti harian mereka dengan pelbagai perkara yang menyeronokkan. Aktiviti juga dapat mengelakkan si kecil dari tidur lama pada waktu siang. Cuma jangan keterlaluan sehingga si kecil tiada tenaga.

5. Televisyen dan permainan video
Si kecil pasti tidak akan mengantuk jika dapat menonton televisyen atau bermaian alat video. Ia tidak mengalakkan si kecil tidur malah menjana minda si kecil untuk terus bekerja. Maka, si kecil pastinya sukar tidur. Jadi, elakkan ia dilakukan lebih-lebih lagi sebelum tidur.

6. Tetapkan waktu tidur
Adakala sedikit ketegasan diperlukan dalam usaha mendidik si kecil untuk tidur awal. Apakata tetapkan waktu tidur setiap malam untuk anak-anak. Seboleh-bolehnya jangan ubah waktu tersebut. Si kecil akan terbiasa dan lama kelamaan, tidur awal menjadi rutin si kecil.

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...