Saturday 16 July 2011

Info Pendek Tentang Nisfu Syaaban


 Salam kengkawan semua, mesti ader yang tertanya-tanya apa lah Malam Nisfu Syaaban tu yer.. Oklah, di sini ader info sikit sal malam yang agak istimewa ini. Malam ni diberitahu adalah untuk menaikkan semangat umat islam sebelum menyambut Bulan Ramadhan yang mulia. Jadi, mari kita kongsi apa itu Malam Nisfu Syaaban;

 1. Ia jatuh pada setiap tarikh 15 Bulan Syaaban mengikut kalendar Islam.

 2. Umat Islam digalakkan merebut peluang untuk menghidupkan malam tersebut.

 3. Antara amalam yang boleh dilakukan adalah seperti berikut;

-Membaca Yaasin sebanyak 3 kali dan berdoa supaya;
  • Panjang umur agar dapat beribadat lebih banyak lagi.
  • Murah rezeki
  • Agar Allah SWT tetapkan iman.
  • Boleh juga berdoa hajat yang sangat dikehendaki, insya'allah.
 4.Amalan yang disebutkan ini bercanggah pendapat dengan ulamak, terpulanglah kepada kita walau bagaimanapun jangan dii'tiqadkan bahawa malam ini sahaja tetapi boleh dibuat pada bila-bila masa dan tidak semestinya baca tiga kali.

5.Digalakkan berpuasa. 

Selesai. Selamat beramal yer kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...