Sunday 10 July 2011

9 Kaum Telah Dibinasakan.. Nak Tau Kaum Mana? Jom Baca..


Salam kawan-kawan semua, di sini akan dibagitahu 9 yang Allah binasakan pada zaman dahulu. Bukan mereka tidak kuat, bukan pula mereka tidak kaya. Mereka jauh lebih kaya dan hebat dari kita, cuma mereka mendustakan rasul-rasul, lalu Allah binasakan untuk menjadi pedoman untuk kita di zaman sekarang. Kaum-kaum itu adalah seperti berikut;

1. Kaum Nabi Nuh
Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya selama lebih 950 tahun, namun yang beriman sekita 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolokkan baginda. Allah datangkan banjir besar menenggelamkan mereka yang engkar termasuk anak dan isteri Nabi Nuh sendiri.

2. Kaum Nabi Hud
Nabi Hud a.s diutus kepada Kaum Aa'd. Mereka mendustakan kenabian Hud. Allah datangkan angin taufan yang dasyat dan ribut kencang disertai bunyi gemuruh yang menggerunkan hingga binasa seluruh kaum Aa'd.

3. Kaum Tsamud
Nabi Saleh a.s nabi dan rasul diutus kepada kaum Thamud. Baginda telah diberikan mukjizat iaitu seekor unta betina yang keluar dari celah batu, bagi menunjiukkan kebesaran Allah s.w.t. kepada kaumnya. Malangnya kaum Thamud telah engkar, malah mereka membunuh unta tersebut. Azab yang amat dahsyat menimpa, iaitu dengan satu tempikan  daripada Malaikat Jibril yang menyebabkan tubuh mereka hancur berkecai.

4. Kaum Sadum
Kaun Sadum terkenal dengan amalna keji yakni perbuatan homoseksual. Nasihat dan dKWh Nabi Lut yang diutus kepada mereka tidak diendahkan, malah mereka cuba menggoda 2 orang malaikat yang menyamar sebagai manusia yang menjadi tetamu Nabi Lut. Dengan bermula suatu getaran, kemudian gempa bumi yang kuat dan disertai angin yang kencang dan hujan batu sijjil, menghancurkan serta-merta kota Sadum berserta semua penghuninya.

5. Kaum Madyan
Nabi Syuib diutus kepada kaum Madyan. Mereka menyembah "Aikah", yakni sebidang padang pasir yang ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-tanaman. Kemungkaran kaum Madyan dan tipu menipu merupakan perbuatan dan perilaku yang lumrah dan rutin. Para pedagang dan petani selalu menjadi korban, sehingga yang kaya semakin kaya, yang lemah semakin melarat hidupnya. Nabi Syuaib berusaha menyeru kaumnya, namun mereka engkar. Diturunkan Allah ke atas mereka hawa udara yang sangat panas hingga dahaga yang amat dan kepanadan membakar kulit. Kemudian muncul gumpalan awan hitam yang tebal dijatuhkan ke atas mereka diiringi petir dan gemuruh ledakan dahsyat, sementara bumi bergoyang dengan kuatnya menjadikan mereka mati bertimbunan.

6. Firaun Dan Bani Israil
Kaum Bani Israil sering ditindas, maka Nabi Musa dan dibantu oleh Nabi Harun diutus untuk memimpin dan membebaskan mereka daripada kekejaman Firaun. Firaun bukan sahaja kufur dan angkuh, malah mengaku dirinya Tuhan, Nabi Musa bersama orang beriman diarahkan Allah melarikan diri, merentasi Laut Merah yang terbelah, Firaun dan tenteranya yang mengejar mereka ditenggelamkan oleh laut yang bertingkup.

7. Ashabus Sabtu
Segolongan dari Kaum Bani Israil yang fasik di Kota Eliah. Mereka telah melanggar larangan Allah swt supaya tidak menangakap ikan hari Sabtu, kerana ia khusus untuk beribadat. Allah menguji mereka dengan mendatangkan ikan yang banyak pada hari tersebut, lantas tanpa menghiraukan larangan Allah Taala melaknat mereka menjadi kera yang hina.

8. Ashabul Rass
rass adalah nama bagi telaga yang kering airnya, dinamakan kepada suatu kaum iaitu kaum Rass. Mereka adalah penduduk salah sebuah kampung yang terletak di daerah Thamud. Diutus seorang Nabi yang bernama Hanzalah bin Sofuan namun mereka mendustakannya, malah hingga membunuhnya dan dicampak ke dalam telaga. Allah swt telah binasakan penduduk kampung ini dengan kemarau yang dahsyat, sehingga kaum ini lenyap dari muka bumi.

9. Kaum Tubba'
Tubba' adalah seorang yang berbangsa Himyar. Dia merupakan salah seorang Raja Himyar yang beriman tetapi kaumnya tetap kafir sehingga melampaui batas, maka Allah swt binasakan mereka. Selepas peristiwa itu, lafaz Tubba' menjadi gelaran kepada raja-raja Yaman.

Dengan Kisah Pedoman ini, kita jadikan peringatan penting agar apa-apa sahaja perbuatan kita tidak melanggari hukum syarak Allah Maha Berkuasa untuk mendatangkan bencana kepada kita. Namun kasih Allah swt adalah melebihi kemarahan-Nya. Jadi, sama-samalah kita menghargainya.

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...