Ha.. Nak tau tak kalau ibu busy sgt nak buat kuih apa yang best kat umah.. Untuk bapak-bapak n anak-anak, leh la wat biskut ni. Pokoknya.. kenapa biskut ini dipilih untuk dibuat di kala raya. Sbb... biskut ni cukup mudah n sangat menarik. Dah siap biskut, celupkan separuh dan bubuh manik2. Boleh juga biskut tu ditukar 'colour' pink atau hijau atau biru. Aiskrim la katakan. hihi..
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
* 260gm mentega
* 120gm gula ising
* 1/8 sk pewarna kuning telur (leh tukar kalau nak)
* 320gm tepung gandum
* 40gm tepung jagung
* 20gm tepung kastard
* 1/2 sk serbuk penaik
* hiasan - coklat masakan dan manik urai
Cara-cara:
Langkah 1
Pukul mentega, gula ising dan pewarna kuning telur hingga kembang
Langkah 2
Masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard dan serbuk penaik, gaul sebati hingga menjadi doh
Langkah 3
Rehatkan doh selama 15 minit, canai dan terap dgn acuan aiskrim dan bakar
Langkah 4
Sejukkan biskut, celupkan kedlm coklat masakan yg telah dicairkan dan hiaskan dgn manik urai.
Macam mana wahai bapak-bapak n anak-anak lelaki dan perempuan. Mudah x.. Kalau kita wat kuih ni atas niat memudahkan kerja ibu, insya'allah dapat pahala. Jimatpun jimat.. dapat banyak pulak tu. Untuk ibu-ibu pun boleh juga. Hmm... Kalau dah sedia nak buatkan, pastikan kita ade apron-apron comel seperti di bawah... Hi..
Selesai.. Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudi..