Friday 8 July 2011

Anak Meragam? 7 Punca dan Penyelesaian


Salam.. Ada anak berusia 2 hingga 5 tahun? Ha.. kita gelar mereka kanak-kanak. Kanak-kanak pun kekadang ada rasa yang terpendem, terkilan atau merajuk. Derang jugak ingin meluahkan ia untuk melepaskan geram atau memberontak hendakkan sesuatu. Namun, bila mereka bertindak demikian, ia boleh mengundang kemarahan mahupun kerunsingan. Lebih-lebih lagi kita juga memberi perhatian kepada anak-anak yang lain pula. Terdapat 6 punca anak bertindak demikian dan kaedah untuk mengatasinya;

 1. Lapar 
Kekadang kanak-kanak akan bertukar menjadi agresif apabila mereka lapar dan ader kanak-kanak yang x dapat meminta makanan dari ibu bapa mereka. Mereka mula membaling barang dan menangis. Dengan itu, cepat-cepatlah beri mereka makan.

2. Letih
 Bagi mengelakkan mereka dari berasa letih, hadkan tempoh berkunjung ke mana-mana tempat, dan pastikan mereka mendapat rehat yang cukup.

3. Kekurangan aktiviti
Pernahkah anda menghadapi anak-anak yang gembira bila mereka dapat main bersama sepupunya, dan berdiam diri sahaja bila pulang ke rumah. Mungkin mereka berasa boran. Belikan permainan yang berunsurkan ilmu seperti saidina atau congkak. Di samping itu, dapat mengajar anak mengira.

4. Tertekan
Ada juga kanak-kanak tidak suka cara kita mengarahkan mereka melakukan sesuatu kerja. Mungkin kita boleh tukar kepada kaedah yang lebih 'simple' atau 'fun' atau dalam erti kata lain melibatkan unsur mainan. Namun, jangan terlalu memaksa agar mereka tidak rasa memberontak jika mereka tidak mampu melakukannya.

5.Melarang berhobi atau bermain
 Kanak-kanak memang suka bermain tatkala umur mereka yang baru setahun jagung dan ingin mencuba pelbagai aktiviti atau permainan. Benarkan mereka bermain namun, perlu hadkan waktu agar mereka mengenali apa itu displin lebih-lebih lagi soal waktu.

6. Tidak boleh menermina kekalahan
Mungkin mereka bermain dengan kawan-kawan, contohnya bermain bola. Cuba pujuk dan jangan lupa beri kata-kata semangat agar mereka terus berusaha. Sbb.. kejayaan akan dicapai hanya dengan usaha.

7. Melawan Untuk Perhatian
Mereka juga mempunyai perasaan. Jika kita perlu menghadiri pertemuan yang tidak boleh disertai kanak-kanak seperti 'meeting' di tempat kerja. Cuba terangkan dengan cara berhemah agar mereka boleh menerima dan faham akan situasi itu namun perlu tempoh yang sesuai untuk mereka menerimanya.

Dalam mendidik anak-anak memang perlukan kesabarannya yang tinggi, kerana mereka masih dalam proses belajar mengenali kehidupan. Untuk membentuk seseorang memang memerlukan tempoh yang lama, apatah lagi kanak-kanak. Namun sebelum memulakannya harus didahulu dengan doa mendidik anak-anak. Boleh juga memberikan anak-anak air zam zam. Kesannya insya'allah sangat memuaskan. Pada tiap-tiap malam juga, boleh doakan yang baik-baik pada umbun-umbun yank yang sedang tido. Mengikut kajian ia lebih cepat diserap oleh anak. 

Selesai. Selamat mencuba.






No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...