Friday 22 July 2011

Pan Kek Riang Oleh Si Manja


Bagi kanak-kanak bawah 12 tahun, perlu diawasi oleh ibu bapa semasa memasak pan kek ini.

Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )
    * 115g Tepung Gandum
    * 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
    * 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
    * 25g Butter
    * 1 biji Telur
    * 150ml Susu Segar
    * 1 sudu besar Gula
    * Secubit Garam

Cara-cara

Langkah 1
Campurkan tepung dan soda & krim tartar dan ayaklah.

Langkah2
Gaul dengan butter sampai berderai.

Langkah 3
Lubangkan tepung di tengah-tengah nya. Pukul telur sedikit demi sedikit dan susu. Gaul sebati.

Langkah 4
Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yg panas dan di letakkan dgn sedikit minyak.
 
Langkah 5
Masak sehingga ada buih-buih udara dan tunggu sehingga buih-buih tu pecah baru di terbalikkan.

Langkah 6
Hidangkan dengan sirap pan kek atau boleh juga dengan susu pekat.

Langkah7
Kemaskan semula dapur dan jangan lupa lapkan meja tempat masak dengan menggunakan kain yang dibasahkan sedikit.

Langkah8
Alhamdulillah
Selesai. Selamat mencuba.


Yumm...


No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...