Sunday 24 July 2011

Ingin Jadi Yang Terbaik? Lihat 96 Modal Insan

  1. BERIMAN - Patuh kepada perintah Allah swt dan meninggalkan larangan-Nya
  2. SIHAT MENTAL - Berada dalam keadaan sejahtera, sempurna fikiran, emosi dan tingkahlaku
  3. SIHAT FIZIKAL - Sihat, segar dan pulih dari penyakit
  4. BERDISIPLIN - Patuh dan taat pada perintah dan peraturan
  5. BERILMU - Orang yang berilmu dapat membezakan yang baik dengan yang buruk
  6. BERHEMAH - Punya budi pekerti yang baik, tinggi, mulia, jujur, sopan dan hormat
  7. BERTAQWA - Sifat ketaatan yang tinggi pada Allah SWT
  8. PELABAGAI KEMAHIRAN - Punyai kepelbagaian kecekapan, kepandaian atau kemahiran
  9. BERFIKIR - Mampu menggunakan akal, fikiran dan ingatan
  10. BERINTEGRITI -Punya Kejujuran dan ketulusan. Secara umumnya berkualiti unggul
  11. BERINISIATIF - Punya daya usaha dan mula gerakkan tindakan
  12. BERINOVASI - Berupaya memperkenalkan sesuatu atau idea yang bernas
  13. BERKONGSI - Mampu bekerjasama atau bergabung untuk melaksanakan tugas yang berat
  14. PEMURAH - Tidak kedekut dan memberi pertolongan dengan ikhlas
  15. PENYAYANG - Bersifat belas kasihan
  16. PENGASIH - Menaruh rasa belas kasihan seperti mengasihi diri sendiri
  17. KREATIF - Punya kebolehan mencipta, menghasil dan mengembangkan idea
  18. KEPIMPINAN BERKUALITI - Punya keupayaan pemimpin
  19. TEKUN - Berusaha bersungguh-sungguh
  20. TEGAS - Bertindak dengan jelas, terang dan nyata
  21. PETAH BERCAKAP - Seorang yang pandai berkata-kata dan lancar
  22. ASERTIF -Menolak sesuatu yang tidak sepatutnya dengan cara berhemah
  23. TIDAK CEPAT MENGALAH - Tidak mudah patah semangat
  24. TINGGI JATI DIRI - Punya ciri keagamaan, istimewa, tinggi nilai adat, bahasa dan budaya
  25. EMPATI - Punya kemampuan untuk menyelami perasaan dan emosi orang lain
  26. PEMAAF - Bersikap mudah memohon maaf kepada insan lain
  27. PENYABAR - Menahan diri atau tenang dengan setiap kesusahan yang dihadapi
  28. TIDAK CEPAT MELATAH - Tidak mudah mengeluarkan kata-kata tanpa menilai
  29. TENANG - Berada dalam situasi tidak gelisah
  30. BERDIKARI - Berusaha tanpa memerlukan pertolongan orang lain selagi mampu
  31. MENYENANGI ORANG LAIN - Mampu menimbulkan senang hati dan gembira kepada orang lain
  32. MENYENANGI DIRI SENDIRI - Redha, pasrah dan selesa pada apa sifat semulajadi
  33. TIDAK MALU BERTANYA - Tidak segan dan tidak rasa rendah diri untuk mengetahui ilmu
  34. RAJIN - Lakukan sesuatu dengan tekun dan ikhlas
  35. BERUSAHA - Bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat
  36. BERSYUKUR - Berterima kasih pada Allah SWT atas apa saja pemberian-Nya
  37. MUDAH SENYUM - Mempamerkan rasa riang atau tenang boleh gembirakan orang lain
  38. BERSUKAN - Lakukan kegiatan yang memerlukan ketangkasan dan tenaga untuk sihat
  39. BOLEH KEHADAPAN - Punya keyakinan yang tinggi
  40. BOLEH MENYESUAIKAN DIRI - Dapat mengadaptasi diri dengan masyarakat
  41. BEREKREASI - Melakukan aktiviti istirehat untuk menghiburkan hati
  42. BERCAKAP BENAR - Bertutur perkara yang betul tanpa menipu
  43. TIDAK MENJADI DURI DALAM DAGING - Tidak berniat jahat dalam sesuatu kumpulan
  44. TIDAK MELABEL - Mengecap orang lain yang berniat buruk atau menuduh
  45. BERLAKU ADIL - Berpatutan dalam menilai atau mempertimbangkan sesuatu yang wajar
  46. SUKA MEMBACA - Mengumpulkan ilmu yang diperolehi dari buku atau artikel
  47. MENGAMAL KONSEP "WIN-WIN" - Membolehkan kedua-dua pihak mendapat untung samarata
  48. MENERIMA SUARA RAMAI - Dapat menerima pendapat ramai
  49. IKHLAS - Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa harap balasan
  50. PINTAR - Cekap, pandai dan cerdik
  51. CERDIK - Banyak akal dan licik
  52. TIDAK PUTUS ASA - Berusaha supaya terus menuju kejayaan tanpa jemu
  53. BERSEMANGAT - Roh yang menjiwai mempunyai sesuatu dengan berjiwa keras
  54. BERMATLAMAT - Mempunyai sasaran iaitu misi dan visi
  55. BERCITA-CITA - Punya harapan atau hasrat
  56. BERAZAM -Bercita-cita kuat dengan semangat yang jitu
  57. BERSEDERHANA - Bertindak dengan biasa atau tidak berlebih-lebih
  58. BERSEDIA MEMBANTU -  Mempersiapkan diri melakukan sesuatu kebajikan
  59. PERAMAH - Mudah mesra
  60. BERJIMAT - Berhemat dalam belanja
  61. TIDAK KEDEKUT - Tidak merasa terlampau sayang pada harta yang dimiliki
  62. MANIS MULUT - Mengeluarkan kata-kata yang bersopan
  63. KEMAS - Berpakaian dan berterampilan yang elok dan bersih
  64. BOLEH DIAJAK BERUNDING -Mudah dibawa berbincang
  65. KEBOLEHAN MENDENGAR - Punya kelebihan menangkap bunyi suara dengan telinga
  66. RINGAN TULANG - Rajin berusaha dan tidak tunggu diarahkan
  67. TIDAK BANYAK BERCAKAP - Bercakap yang perlu sahaja
  68. BEKERJASAMA - Sentiasa melakukan bersama-sama
  69. MINTAK PENDAPAT - Meminta keputusan atau buah fikiran orang lain
  70. BERKONGSI MASALAH - Berganding bahu menyelesaikan sesuatu
  71. RAJIN MENULIS - Mengarang atau menghasilkan sesuatu
  72. TIDAK BOROS - Beringat, berjimat-cermat dan tidak membazir
  73. PATUH SOLAT - Melakukan ibadah solat tanpa bertangguh
  74. BERBUDI - Menyumbang sesuatu dengan ikhlas
  75. BERDOA -Memohon hajat pada pencipta yakni Allah SWT
  76. SANTUN MENEGUR - Memberi nasihat dengan berhemah
  77. BERBAHASA - Punya tutur kata yang tertib dengan kata-kata yang disenangi
  78. SEDIA DIKRITIK - Berfikiran terbuka dan sedia diberi nasihat
  79. TIDAK CURI TULANG - Tidak khianat kepercayaan dalam melakukan amanah
  80. AMANAH - Boleh dipercayai dan jujur
  81. JUJUR - Lurus hati, tulus dan ikhlas
  82. REAKTIF - Menunjukkan respon atas tindakan, pandangan atau arahan
  83. TEPAT MASA - Melaksanakan tugas dalam jangka waktu yang ditetapkan
  84. MULAKAN DAHULU - Melakukan sesuatu tugas tanpa menunggu arahan
  85. PROAKTIF - Bersikap positif
  86. REDHA - Sentiasa bersedia dengan ikhlas
  87. SENTIASA MENGAWAL DIRI - Menahan diri dari mengikut nafsu, rasa marah, dendam dan benci
  88. BERPERIBADI MULIA -  Bermanis muka dan bertimbang rasa
  89. REALISTIK - Tidak berpura-pura
  90. TIDAK RIAK - Melakukan sesuatu untuk tatapan orang lain dengan rasa yang amat tinggi
  91. MENZIARAHI RAKAN TAULAN - Melawat kawan-kawan samada sakit atau tidak
  92. INGATKAN MATI - Mengisafi diri dan melakukan ibadah sehingga merasa esok sudah tiada lagi (sehabis baik)
  93. BERBAIK SANGKA DENGAN JIRAN - Positif dan tiada syak wasangka negatif
  94. MENJADI SUAMI/ISTERI/IBU/BAPA ATAU ANAK YANG BAIK - Idaman. Menjadi individu yang diimpikan
  95. MENJADI ROLE MODEL - Menjadikan diri contoh baik pada yang lain, samada yang tua atau muda
  96. SAYANGI KELUARGA - Punya perasaan kasih dan cinta pada keluarga

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...