Sunday 3 July 2011

Nak Bawak Bayi Jalan-jalan? Apa Perlu Ada Dalam Bag Dia Yek..


Bila tiba waktu cuti, mula la ibu-ibu dan bapa-bapa bersiap sedia untuk pulang ke kampung. Selain itu, ader jugak yang nak pergi berkelah dan kurang juga yang nak melancong samada keluar negara atau Cuti-cuti Malaysia sahaja. Tak mustahil bila idea tu datang tiba-tiba, dan si bapa memesan pada si ibu, " Jangan pulak awk siap lambat, nanti saya balik beli suratkhabar, harap-harap awk dah siapkan apa yang nak di bawak".. Hmmm.. Jangan pening-pening, di sini akan disenaraikan apa yang perlu di bawa, kepada yang mempunyai anak yang masih bayi;



1. Botol (Jika menyusu botol)

2. Susu 
  • Dalam Bekas (Besar)
Ia untuk perjalanan yang jauh atau makan masa berhari-hari, contohnya kampung halaman.
  • Dalam Bekas (Kecil)
Ia perjalanan dekat, contoh; Taman Permainan. Kekadang dalam 3 bahagian dan ia dibubuh sekali dengan sukatan.

3.Pelapik Kalis Air

4. Dypers
3 helai untuk 1 perjalanan

5. Termos

6. Air suam 1 botol

7. Tempat simpan susu (Politerin)
-Jika susu sudah siap dibancuh

8. Botol kecil sabun

9. Botol Kecil Syampoo

10. Bedak

11. Losyen

12. Minyak bayi (Rambut)

13. Tuala

14. Minyak Angin / Viks

15. Krim kulit ruam
-Contoh Elomet (Jika Perlu)

16. Nappy krim

17. Tisu Basah (Wipe Tisu)

18. Plastik kecil (Untuk letak dypers)
-Jika tiada bakul sampah dalam perjalanan

19. Baju Bayi 
Sepasang (Jika dekat sahaja)

20. Barut
(Jika masih kecil)

21. Stokin
Sepasang (Jika dekat)

22. Buku kesihatan
(Jika ke klinik kesihatan)

24. Topi

25. Puting
(Jika Perlu)


26. Sikat
(Jika perlu)

27. Lampin Bayi/ Sapu Tangan
(Jika muntah)

Ok, itu sahaja. Anda boleh menambah jika perlu. Ingat ye, bila nak naik kereta, jangan lupa baca doa naik kenderaan. Selamat Jalan. 
 

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...