Saturday 2 July 2011

3 Jenis Solat-solat Lain Selain Solat Fardu


Selain solat fardhu yang lima terdapat pula banyak jenis solat sunnat sebagai amalan tambahan kepada solat fardhu. Mengikut Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali (Imam Ghazali) bahawa selain daripada solat-solat terdapat 3 jenis solat-solat lain, iaitu;

1.  Solat-solat Sunnat;
Iaitu solat yang dilaksanakan berdasarkan apa yang pernah dikerjakan oleh Rasulullah SAW dan solat ini sering kali dilakukan oleh baginda SAW, misalnya solat sunnat rawatib (mengeringi sebelum dan selepas sembahyang-sembahyang fardhu yang lima), solat Dhuha, Solat Tahajud dan sebagainya.


2. Solat Mustahabbah:
Iaitu solat yang telah dijelaskan tentang kelebihannya oleh Baginda SAW, tetapi Baginda SAW sendiri tidak selalu mengerjakan, seperti solat sunnat musafir (yang dikerjakan sebelum memulakan perjalanan dan sekembalinya daripada perjalanan) dan sebagainya.


3. Solat Tathowwu':
Iaitu solat yang tidak dijelaskan jenisnya oleh Rasululullah SAW (selain yang disebut 1 dan 2 tadi) tetapi dikerjakan oleh orang kerana ingin bermunajat atau mengeratkan hubungan dengan Allah.


Ketiga-tiga solat yang dinyatakan di atas dinamakan "Solat Nafilah" bererti "Tambahan" iaitu sebagai tambahan kepada solat fardhu yang lima. Walaupun ketiga-tiga di atas tersebut merupakan solat sunnat (dibuat dapat pahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa) tetapi tersangat besar ganjaran kepada sesiapa yang melakukannya, lebih-lebih lagi pada yang beristiqomah. Di akhirat nanti pahala dan ganjaran-ganjaran ini akan melengkapkan solat-solat fardhu ketika dihisab (kira bicara) amalan seseorang.

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...