Bismillahirrahmanirrahim.. Salam kengkawan semua. Dah solat subuh ke hari ni? Belum? Aipp!! Kena solat tau. Cukupkan 5 waktu. Di sini akan ditunjukkan tertib dan berwuduq serta niat-niat sepanjang berwuduq, ha.. bukan niat mula-mula jer tau. Ikuti langkah-langkah berikut;
Langkah 1:
(Niat mula-mula. Sahaja aku berwuduq kerana Allah Swt)
Langkah 2:
(Berkumur)
Niat-Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku.
Langkah 3:
(Membasuh Muka)
Niat: Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak. Janganlah hitamkan muka ku di Sana(Akhirat) nanti.
Langkah 4:
(Membasuh Tangan Kanan)
Niat: Ya Allah, berikanlah buku hisabku pada tangan kananku (Semua amalan diterima)
Langkag 5:
(Membasuh Tangan Kiri)
Niat: Ya Allah, janganlah kau berikan buku hisabku pada tangan kiri (Semua amalan tidak terima)
Langkah 6:
(Membasuh Kepala)
Niat: Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu
Langkah 7:
(Membasuh Kedua Telinga)
Niat: Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini. Semoga didengar perkara-perkara yang baik dan ditutupi dari didengari perkara-perkara x elok (mengumpat)
Langkah 8:
(Membasuh Kaki Kanan)
Niat: Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim
Langkah 9:
(Membasuh Kaki Kiri)
Niat: Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat
Kengkawan semua, ambillah wuduq dengan tertib sbb ketertibannya boleh mempengaruhi kekusyukkan di dalam solat. Solat itu mencegah kita dari melakukan maksiat. Insya'allah.
Selesai. Selamat beramal.
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudi..