Thursday 30 June 2011

Selain Multivitamin, 14 Jenis Buah dan Sayur Punya Serat Tersendiri

 Salam kawan-kawan, di sini saya tunjukkan 14 jenis sayur dan buah-buahan dari berbagai warna. Semuanya memiliki serat-serat tersendiri. Untuk panduan anda semua boleh melihat kuantiti serat-serat tersebut.

1. Kacang Hitam (dimasak) 1 cawan:
15g Serat

2. Sayur Campuran 1 Cawan:
8g Serat

3. Bran Oat (dimasak) 1 Cawan:
5.7g Serat

4. Pir saiz sederhana 1 Biji:
5.1g Serat

5. Brokoli (dimasak) 1 Cawan:
5.1 Serat

6. Strawberi (segar) 1 Cawan:
4.8g Serat

7. Lobak Merah (dimasak) 1 Cawan:
4.7g Serat

8. Kentang Bakar (termasuk kulit) 1 Biji:
4.4g Serat

9. Oatmeal (dimasak) 1 Cawan:
4g serat

10. Epal saiz sederhana 1 Biji:
3.3g Serat

11. Pisang 1 Biji:
3.1g Serat

12. Prun Kering 5 Biji:
3g Serat

13. Aprikot Kering 5 Biji:
2.6g Serat

14. Roti Gandum: 1 Keping:
1.7g Serat

Jangan lupa mengucapkan Subhanallah apabila mengetahui, makhluk yang Allah jadikan memiliki berbagai kelebihan tersendiri dan boleh menyumbangkan sesuatu pada makhluk-makhluk yang lain. Bagi yang sering sembelit, boleh cuba 14 jenis di atas, insya'allah.


Bilik Sepah? Jom Kemas.. 9 Langkah Jer


Ha.. Pernah lalui simptom malas nak kemas bilik?.. Pada yang terjebak dengan keadaan bilik yang terlampau bersepah dengan kertas-kertas atau barang-barang di atas lantai dan katil..  Hmmm.. di sini ditunjukkan langkah-langkah secara terpeinci untuk mendapatkan jugak bilik kemas walaupun dalam waktu tersebut anda rasa malas sangat

Langkah 1
Baca bismillah dulu tau. Jika waktu anda hendak mengemas bilik, keadaan anda terasa sgt letih. Jadi, anda ambil masa setengah jam atau 1 jam untuk tido dahulu. Tujuannya adalah meneutralkan negatif dan positif dalam badan. Begitu juga jika anda rasa sgt lapar, anda haruslah makan dahulu. Sbb, anda mungkin perlu memastikan kertas-kertas yang berselerak samada perlu dibuang atau disimpan.

Langkah 2
Kalau boleh, anda pakai selipar rumah yang boleh dibeli di guardian atau pasaraya. Lebih baik memakainya kerana kaki anda tidak akan mengotorkan lantai yang sudah dicuci atau dimop.

Langkah 3
Pasang lagu kesukaan. Ia bertujuan mendatangkan mood atau semangat. Banyaklah idea anda nanti samada nak buat ubahsuai perabut ataupun tidak.

Langkah 4
Jika siang, bukak tingkap bertujuan untuk membenarkan udara segar masuk ke bilik.

Langkah 5
Kosongkan atas katil dan mula tarik ke tepi cadar. Jika anda rasa perlu tukar cadar, anda boleh juga berbuat demikian. Susun juga batal-batal dan bantal panjang dengan teratur. Jika ader baju-baju masukkan ke dalam bakul.

Langkah 6
Alihkan benda-benda besar, seperti kotak-kotak, kerusi atau meja. Susun atau letak di luar bilik dahulu.

Langkah 7
Kertas-kertas yang ada, asingkan samada yang hendak disimpan atau dibuang. Bila plastik sampah sudah penuh, gantikan dengan yang baru. Secara sikologi dapat membuantkan udara rasa segar. Buang habuk atau sarang labah-labah di sekeliling bilik dengan menggunakan penyapu. Sapu lantai dengan penyapu atau 'vakum'.

Langkah 8
Susun semula kotak-kotak, kerusi dan meja tadi. Letakkan lapik jika boleh. Kemudian lapkan perabut-perabut ini dengan kain yang dibasahkan dengan air suam atau pencuci perabut.

Langkah 9
Mop lantai. Buang bahan-bahan sisa di dalam plastik ke luar rumah. Bila dah selesai, ucapkan Alhamdulillah. Boleh hargai diri anda dengan membeli aiskrim. Agar dikemudian hari anda rasa lebih bersemangat mengemas bilik.

Oh ya... Baju-baju tadi boleh la dilipat sambil melihat rancangan kegemaran. Selamat mencuba.

Wednesday 29 June 2011

Conceive the Son of Smart


Sorry, if the proverb was not very good. And for the non-Muslims, practice-related only. And do not forget to smile first. :)
 
PREGNANT MOTHER'S ACTIVITIES
· The most important thing is the mother to practice reading the Surah Yassin (range advantages), Surah Yusuf (Getting Son Cute) Surah Maryam (Easy Natal) and Surah Luqman (Child Wise). If longer able to .. Khatam Quran many times as possible. Insha'Allah the results were very effective.
· Parents have to buy books
mathematics and solve problems with her husband to train the brain baby, so that it becomes genius when the adult child.
· Can also
at the stomach placed sound (positive waves) to stimulate the development of the mind.

NUTRITION
· Mother should eat almonds and dates with milk.
· Also bread and fish without the head may also ate various types of beans.
· Fish good for baby brain development.
· Head fish contain bad chemicals can damage child's brain development and growth in content.
· By the method easier to get fish oil pills.
Son to be educated Muslims have cherished hero among the Prophets, Messengers, Anbiya or members of other scholars.
· If you can prevent children from seeing inappropriate television shows, including cartoons, cartoons that are not constructive. (From baby)

 
INHIBITOR BRAIN
· Mother avoid smoking or inhaling second-hand smoke to prevent my baby from birth defects (brain stupid or slow).
· Also avoid the child drink water that has been entered into the ants as it is believed it can make children forget easily.
· If possible, avoid hitting the baby to a child because they are afraid to try something.
 

THE BABY
· Baby if you can be your baby breast milk until the age of 2 years if possible. It also could be the baby's natural antibiotic that not
exceed other supplements.
· Children need to be instilled with the spirit of interest in reading as early as the baby. If you can read books before bed beside her.
· In conversation avoid using negative words such as 'Do not'. But better if given the 'option' what can be done.

KINDERGARTEN LEVEL
· Teach children have cherished hero of Islam among the Prophets (Rasulullah SAW), Messengers, Anbiya or members of other scholars who is awarded a wise mind.
· Children fed fruits with almonds.
· When learn something, children are taught to recite prayers and study.
· Fish oil pills (code liver oil).
· Also be trained to play the piano.
· Play music and understand his note notes to further enhance the IQ childrenTremors music can stimulate (like exercise for the brain).
Message: That's all that can be shared. You can also add what is lacking.  All anything can be achieved with a prayer. Insha'Allah. is praying to God that we get a smart child. If you are able to follow prayer intention. God is prayer. Amen.

Simple Step To Make Oreo Ice Cream


Now, I show how to make it

Ingredient

     2 1 / 2 cup - full cream milk Dutchlady chocolate flavor
     2 1 / 2 cup - Nestle creamer powder coffemate
     1 small packet - Oreo cookies

Methods

1. Put coffeemate to milk chocolate and blend it up to 5 minutes.  


2. Put 2-3 pieces of Oreo cookies (with his cream ) and blend again until smooth. No need to put sugar.
      

3. Enter in the freezer for 2 hours prior to freezing, take and blend again.  

4. Put fragments an Oreo cookies on the top of ice cream
  
5. Freezering overnight. Ready to serve any time.  

Don't forget to buy Halal product.. Good luck.

Monday 27 June 2011

Happy? 8 Langkah ke Arahnya




Happy atau gembira sesangat? Ini yang semua orang cari. Tapi, x selalu kita 'happy' yer kawan-kawan. Belajar tentang 'happy' dan kaedah-kaedah membuat orang lain 'happy' adalah bagus untuk meningkatkan keyakinan diri dan memperelok komunikasi sesama insan.

Langkah 1
Menjadi optimis atau pandang positif. Kekadang ader orang yang memang sifat semula jadinya 'happy' salu. Namun, sebetulnya ia lebih dipengaruhi oleh cara kita berfikir. Mula-mula kita perlu berhenti dari berfikiran negatif.

Langkah 2
Ikut naluri hati. Jika kita sudah berusaha memilih sesuatu, kita perlu juga menilai pendapat tersebut samaada kita mampu melaksanakannya atau tidak (ikhlas). Barulah ia menjadi mudah. Namun, pastikan pendapat atau saranan itu tidak bercanggah dengan syarak.

Langkah 3
Perlukan sedikit modal. Memenuhi keperluan harian jugak dapat mengekalkan rasa 'happy'. Antaranya makan, pakai, dan tempat tinggal. Makanan yang halal lagi bersih menghasilkan kehidupan yang baik dan tenang. Pakaian yang elok, menyelematkan dari bahaya. Dan tempat tinggal yang selamat boleh mententeramkan.

Langkah 4
Sentiasa rapat dengan keluarga dan sahabat. Silap jika rasa mengejar kekayaan itu boleh membuatkan kita 'happy'. Perhubungan dan komunikasi sosial itu amatlah penting.


Langkah 5
Wujudkan suasana 'happy' di persekitaran tempat kerja atau tempat tinggal. Ramai yang ader bakat bergurau sebenarnya. Tapi, bila masing-masing senyap. Apa kata anda cetuskan. Tapi ingat, jangan ketawa melampau sehingga mengganggu orang lain.

Langkah 6
Senyum. Senyum itu adalah sedekah dan punca murah rezeki. Samada kita 'happy' atau tak masa kita senyum, mood kita akan bertukar.

Langkah 7
Memaafkan sesama insan. Hmm.. kalau asyik nak fikir negatif tentang orang lain, percayalah.. kita akan menjadi lemas dengan jawapan yang kita cipta sendiri. Atau dalam erti kata lain, x sudah-sudah. Tapi, bila kita memaafkan, kita menoktahkan yang negatif itu.

Langkah 8
Mencari kawan yang boleh berkongsi minat atau hobi. Contoh lelaki yang menunaikan solat di masjid adalah lebih baik dari yang tidak, kerana jika mereka bertemu orang ramai dalam masa yang sama memperjuangkan hukum Allah bersama-sama akan lebih rasa bersemangat. Dan dengan itu, timbullah rasa 'happy'.

Kawan-kawan, sebelum kita melaksanakan sesuatu mulailah ia dengan bismillah. Semoga apa yang diusahakan mendapat ganjaran yang lebih banyak di akhirat nanti. Dan ini juga boleh membuatkan kita gembira. Insyallah..

Selesai. Selamat beramal.

Sunday 26 June 2011

Apa Tajwid Tu? Ceciter sikit..


Pengertian Tajwid adalah memperindah sesuatu.

Istilah Ilmu Tajwid adalah pengetahuan kaedah dan cara-cara membaca Al-Quran dengan betul.

Ilmu Tajwid adalah penting untuk semua orang. Membaca al-Quran tanpa ilmu tajwid adalah fasiq.

Tujuan ilmu tajwid adalah memelihara bacaan Al-Quran dari kesalahan membaca.

Belajar ilmu tajwid itu hukumnya Fardu Kifayah dan membaca Al-Quran dengan baik hukumnya Fardu ‘Ain.


Antara rukun-rukun tajwid


1. Tahu tempat keluar huruf ketika baca al-Quran
  • Salah baca menyebabkan berlaku 'Lahn' iaitu kesalahan dalam membaca al-Quran.

2. Tahu sifat-sifat huruf hijjaiyah
  • Jika sudah faham, al-Quran dapat dibaca dengan fasih dan lancar. Sifat huruflah menentukan (sebutan) itu dibaca dengan tepat.

Kaedah Talaqqi Wal Musyafahah bertujuan mengetahui jenis-jenis huruf-huruf hijaiyyah.

Langkah 1:
  • Guru membaca, manakala murid mendengar.

Langkah 2:
  • Guru membaca, manakala murid mengikut bacaan guru :'meniru'.

Langkah 3:
  • Murid membaca, guru mendengar atau menyemak bacaan murid. Ini untuk memastikan tahap ilmu seterusnya lebih diyakini.

Proses ini penting untuk memastikan kedua-kedua rukun tajwid tadi dapat direalisasikan, insya'Allah.


4 cara baca Al Quran

1. At-Tahqiq:
  •       Bacaannya seperti tartil cuma lebih lambat dan perlahan.
  •       Betulkan bacaan huruf dari makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung.
  •       Biasanya dibaca oleh pelajar yang baru belajar membaca Al Quran untuk melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dengan tepat dan betul.

2. Al-Hadar:
  •       Bacaan yang cepat serta memelihara hukum-hukum bacaan tajwid.
  •       Bagi mereka yang telah menghafal Al Quran, supaya mereka dapat mengulang bacaannya dalam waktu yang singkat.

3.At-Tadwir:
  •       Bacaan yang pertengahan antara tingkatan bacaan tartil dan hadar, serta memelihara hukum-hukum tajwid.

4.At-Tartil
  •       Bacaannya perlahan-lahan.
  •       Ia secara tenang dan huruf dilafaz dari makhrajnya dengan tepat.
  •       Bacaan tajwid dengan sempurna.
  •       Memahami maksudnya, hukum dan pengajaran ayat.
  •       Bacaan ini adalah lebih baik dan lebih diutamakan.

Sebelum tu, jangan lupa... berwuduq dahulu n baca bismillah. Amalkan 10 ayat sehari selepas makan.. eh! gurau jer.. Bila-bila sahaja. Selamat beramal.

Saturday 25 June 2011

Mulianya Ibu Bapa Ku.. 18 Ciri Penting?.. What's Up


Di sini, akan ditunjukkan 18 perkara yang perlu dititikberatkan oleh anak terhadap ibu-bapa. Semoga kawan-kawan amalkan secara istiqomah. Insya'allah.. Sebelum tu, kalau ader Hari Ibu dan Hari Bapa, jangan lupa wish n bagi hadiah untuk gembirakan hati mereka tau.. :)  18 perkara adalah seperti berikut;

1.Beradab dengan tutur kata
-Cakap dengan nada yang mendamaikan.. contoh:wahai ibuku..

2.Tidak memaling muka
-Masa tengah marah la ni, x nak terus tengok muka ibu dan bapa.. x boleh yer..

3. Tidak duduk lebih dulu dari mereka
-Belum apa-apa lagi.. di meja makan contohnya.. cepat2 dia duduk dulu.. aip!! kasi mak dan ayah dulu yer..

4. Tidak bercakap dengan nada keras
-Siap cakap hoi lagi.. Hmmm.. datang la dekat2 n cakap elok2.. Melatah pulak derang nanti, kalau cakap kuat-kuat. X boleh tau. Berdosa besar.

5. Tidak tinggi diri
-Mentang-mentang dia baru balik sekolah agama (petang), mana yang mak dan ayah x buat, dia terus suruh dengan bangga diri. Hmmm.. bagitaula bila time bergurau atau masa sesuai.. ingat.. kita menuntut ilmu pun bukan untuk riak pada mak dan ayah atau kawan-kawan.

6. Tidak menghina
-Rasa x puas hati la konon dengan keadaan rumah yang miskin atau x seindah orang lain.. lalu menghina rumah mak dan ayah.. Kawan-kawan, kita patut rasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Barulah Allah sayang..

7. Tidak memaki
-Ni kes marah sangat. Kekadang pendapat ayah dan mak, x ngam ngan pendapat kita. Bila x setuju dan ingin melontarkan kemarahan, kita panggil pula mak dan ayah dengan kata-kata kesat. Dosa besar tu kawan-kawan. Kalau marah-marah, boleh berwuduq n duduk muhasabah diri, di mana silap kita.

8. Tidak mengaku darah daging-
-Contohnya, kalau nak kawin n ayah x bagi.. pergi pulak cari wali lain. Pergilah kepada ibu atau bapa n tanya mereka slow-slow kenapa x bagi. Mesti ada jawapannya.

9. Tidak mengabaikan keperluan ibu bapa
-Ketika kecil derang dah besarkan dan bayar memacam untuk belanja sekolah. Bila dah besar n derang dah tua or x mampu. Kita kedekut pula. Kalau boleh usahakan juga untuk keperluan mereka.

10. Tidak berhutang dengan ibu bapa
 -Sikit2.. Mak pinjam duit.. Ayah pinjam duit.. kalau boleh usaha, usahalah sendiri yer.. Sian derang..

11. Tidak mencuri barang ibu dan bapa
-Ada ke yang mencuri keronsang ibu... Aip!! mesti mintak izin tau.

12. Tidak menghina agama ibu bapa
-Untuk yang muallaf, kalau dah masuk agama Islam. Masih wajib layan mereka dengan baik selagi x engkar agama Islam.

13. Tidak membiarkan ibu bapa jadi hamba
-Kemas umah mak.. cuci kereta jer ayah... Jangan cam tu. Tolong-tolong la apa yang patut. Ringan sikit tugas mak dan ayah. Hmmm.. :)

14. Tidak engkar arahan
-Mak atau ayah suruh wat keje.. Kejappppp!! (woo menjawab).. Pastu x buat terus.. Berdosa tau kawan-kawan.. kena buat jugak..

15. Tidak keluar rumah tanpa izin
 -Kena mintak izin dulu. Kat luar tu macam2 ader. Harimau pun ada. Tanya dulu tau. Bila tempat yang bahaya, ibu bapa akan cakap.. "x boleh"..

16. Tidak dendam dengan mereka
-Perasaan x puas hati la ni.. x boleh tau. Kalau x setuju pun.. still redho dalam hati. Tenang jer.. Insya'allah.

17. Tidak masuk bilik mereka 3 waktu, tanpa izin
-Pada waktu2 tersebut; sebelum subuh, tengahari dan sesudah solat isya'.. Waktu-waktu ini waktu untuk ibu dan bapa. X boleh ganggu. Mungkin ada hal sulit mereka nak bincang ye.

18. Menguruskan dan mensolatkan jenazah mereka
-Setiap insan perlu memperlajari kaedah menguruskan jenazah. Ia adalah Fardu Kifayah. Setiak-tidaknya, kita menguruskan jenazah ibu dan bapa kita sendiri. Roh mereka akan lebih rasa gembira dan tenang, jika ia dilakukan oleh anak-anaknya sendiri. Insya'allah..

Itu sahaja buat kali ini. Bertaubatlah kepada Allah jika ader melakukan kesilapan. Ia perlu diperbaiki segera. Jangan tangguh2.. Solat taubat jika boleh jika pernah derhaka pada mak dan ayah. Insya'allah.. Allah makbulkan. Ingat.. dah bertaubat, jangan buat lagi.  :)




Wednesday 22 June 2011

Cirit-birit Juga Penyebab Kematian Anak?


 Antara faktor-faktor:

a. Makanan tercemar
b. Puting dan botol susu yang tidak bersih
c. Ibu yang menyusu bayi makan jamu
d. Paranteral Diarrhea



Apakah parentral diarrhea?

Parentral diarrhea adalah satu simptom cirit-birit yang berlaku semasa kanak-kanak mengalami demam viral beserta dengan batuk berkahak.



Kebiasaannya kanak-kanak tidak pandai untuk mengeluarkan kahak daripada kerongkong/mulut apabila batuk.

Apabila kanak-kanak batuk dan kahak terkeluar daripada kerongkong ke dalam mulut, kanak-kanak biasanya akan menelan kahak tersebut.
Disebabkan kahak mengandungi virus/kuman maka virus/kuman ini boleh menyebabkan cirit-birit apabila ia masuk ke dalam saluran penghadaman.

Perubahan Ketara

Kaedah mengetahui samada anak mengalami cirit-birit dehidrasi atau tidak?
Petanda cirit birit adalah bayi atau kanak-kanak perlu menukar dypers sentiasa.
Selain itu, terdapat perubahan fizikal pada bayi atau kanak-kanak itu;

Bayi:
·       Ibu-ibu boleh merasa bahagian ubun-ubun bayi mereka. Jika ubun-ubun terasa lekuk, ini menandakan bayi telah mengalami dehidrasi/kekurangan air.
·       Bayi lemah dan tidak aktif seperti biasa.
Bibir kering, lidah kering


Kanak-kanak : 
·       Yang telah tertutup ubun-ubun mereka.
·       Bibir kering dan berkeruping.
·       Lidah kering (nampak warna keputihan pada lidah dan air liur yang kurang).
·       Kanak-kanak kelihatan lemah, tidak aktif seperti biasa dan tidak berminat untuk bermain seperti biasa.

Bawa Ke Hospital Kerajaan atau Swasta

Jika terdapat tanda-tanda seperti di atas anda harus membawa anak anda segera ke Jabatan Kecemasan Hospital agar darahnya boleh diuji samada anak anda mengalami Paranteral diarrhea atau tidak.

Dari penyakit tersebut, akibat demam yang terlampau tinggi suhunya melebihi 40 oc serta dihidrasi yang teruk boleh menyebabkan berlaku penyakit sawan.



Sawan


·      Sekiranya ia berlaku dirumah, ambil kain bersih dan basahkan.
·       Kemudian perahkan ke atas kepala anak anda, Ulangi sehingga suhu mengurang.
·       Sapukan kain basah ke seluruh badan anak anda.
·       Sukat suhu kepanasan sehingga turun ke 36oc.
·       Jika dia belum mengambil ubat, berikan ubat mengikut sela masa tertentu.
·       Ubat demam bontot sela 6 jam sekali selepas makan atau ubat demam cecair setiap 4 jam sekali lepas makan. (Kedua-dua ubat tidak boleh di ambil serentak).




Betul Jugak Tu, Beli Baju 'Baby' pun Ader Tipsnyer


Sebilangan bayi atau kanak-kanak cepat membesar. Jadi dengan ini, saiz baju derang cepat bertukar. Panjang kaki pun dah melebihi seluar, dan baju pun mulai lusuh. Jadi, Ibu dan bapa kena la sentiasa belikan yang baru. Betul tak? Tapi, nak beli pun ader caranya nak pilih. Ha.. Kat sini saya terangkan cara nak pilih baju. Ada 10 tip yang boleh anda gunakan sebagai panduan iaitu:


1. Mereka perlukan fabrik lembut yang fleksibel, tidak terlalu tebal agar lebih selesa dan mudah untuk bergerak. Jadi, pastikan anda memilih dengan teliti ciri-ciri fabrik tersebut.

2. Pilih pakaian yang elastik atau jenis boleh direnggangkan. Ia lebih mudah untuk dipakaikan kepada mereka.


3. Boleh juga memilih kain jenis ‘cotton’ atau kapas sebab ia lembut dan selesa. Ia tidak perlu digosok sesukar kain jenis lain.

4. Bawa anak bersama semasa membeli pakaian (kanak-kanak).

5. Pilihlah baju mengikut kesesuaian bajet yang anda mahu. Jika tidak mengikut bajet, anda mungkin perlu mengumpulkan wang dahulu dan ia agak lambat.

6. Warna baju pula kalau boleh terdiri dari satu atau dua warna yang jelas dan terang sahaja. Warna pastel agak lebih menarik. Kalau boleh jangan dihiasi objek kartun yang terlampau banyak, ia agak serabut.

7. Boleh juga membelikan baju bayi yang mengikut ‘trend’ namun tidak perlu terlalu banyak mengikut keperluan jika hadir ke majlis tertentu.

8. Ingat, jangan terlampau ketat kerana  ia boleh memerangkap peluh dan terbuka kepada ransangan kulit atau ruam.

9. Baju-baju ‘bundle’ juga tidak kurang bagusnya. Kadang-kadang ia terdiri  dari pakaian yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. 


10. Juga lebih cepat membeli secara on9. Tidak perlu kuar rumah.

Jangan lupa ajari anak supaya membaca Doa Memakai Pakaian.
Itu sahaja. Selamat ber’shopping’.

Monday 20 June 2011

Ader anak perempuan? Sila baca..



Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka."

Seorang lelaki bertanya, "Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?"

Sabda baginda, "Juga untuk dua anak perempuan."

Seorang lelaki berkata, "atau untuk seorang wahai Rasulullah?"

Rasulullah SAW menjawab, "Juga untuk seorang." (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, "Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Mural Dinding untuk bilik baby? Begini Caranya..


Nak buat mural dinding? Begini..

Bahan-bahan:Berus, bekas isi air bila hendak tukar warna, pewarna Pelaka, gambar kartun, kertas karbon, 'masking tape', plat pewarna (untuk campurkan warna jika perlu), kertas surat kabar, pensil atau pen.

1. Cari gambar kartun kat buku, majalah atau buku mewarna.

2.Potostat gambar sebesar yang anda mahu.

3. Pilih dinding mana yang hendak dilukis.

4. Bersihkan dinding tersebut dari paku atau sebagainya.

5.Letakkan kertas surat kabar kat sepanjang bawah kawasan tempat mural.

6. Letak kertas karbon dan gambar bersekali dan masking tape kan. Boleh dilekatkan 1 persatu1.

7. Lukis semula gambar ke atas kertas karbon dan tanggalkan bila selesai.

8. Basahkan berus dan warnakan mural sehingga selesai. Gunakan plat pewarna jika perlu.

9. Buang benda-benda tidak perlu seperti surat kabar dan 'masking tape' ke dalam plastik. Berus, bekas air dan pewarna yang lebih disimpan di tempat selamat.

Selesai. Selamat Mencuba.

-Nilai mural yang dilukis di dinding seperti gambar di atas berharga RM200. Jika anda lakukannya sendiri, ia hanya menggunakan sedikit modal.-

Biodata Darwisyiah


Nama: Khadijah Darwisyiah Binti Nazrul Sham

Umur: 2 Bulan 9Hari (20hb Jun 2011)

Tarikh Lahir: 12 April 2011

Tempat Lahir : Hospital Kajang, Hulu Langat, Selangor

 Berat :  4 Kg

Tinggi : 57 Cm

Makanan Dan Minum: BF sepenuhnya

Jenama baju: X der

Dypers:Econsave

Kasut: Hanya Stokin Buat Masa Ini

Warna Pakaian: Pink (pilihan ummi dan abah) hihi

Menjerit Kuat-kuat: Jika ummi or abah x layan 

Bahasa : Bahasa Jiwa Bangsa, kik kik kuk kik

Adik Beradik: Anak ke-2 Dari 2 Orang Adik-beradik
Adik kepada Muhammad Darwish

Nama Timangan: Khadijah

Hobi:
 1.Senyum.. Senyum.. Senyum..
2.Buat gaya berenang kuak lentang atas tilam
3. Say.. hahhh.. (mengeluh ke apa ntah)
4. Kedip-kedipkan mata 1 kali per 2 saat (slow.. slow)

Sunday 19 June 2011

Fadilat Berus Gigi? Ooh.. begitu.. Nape x cakap awal-awal


Salam kawan-kawan, di sini saya ingin bagitahu beberapa perkara tentang memberus gigi.

 Ã¿  Berus gigi adalah membersihkan mulut dan gigi.

 Ã¿  Hukum

1.Sunat
Bila-bila masa, lebih-lebih setelah bangun dari tidur, sebelum solat, ketika hendak baca Al-Quran.

2.Makruh,
Pada gelincir matahari ( masuk waktu Zohor ) bagi orang yang berpuasa , sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “ Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah s.w.t. itu lebih harum daripada kasturi “.( Riwayat Muslim )

 Ã¿  Alat
Benda yang suci dan kesat seperti berus gigi , kayu siwak , kain juga boleh, atau paling mudah dengan jari.

 Ã¿  Hadith
Rasulullah s.a.w. tentang berus gigi :
-Dari Aisyah r.a.h. “ Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi(berus gigi) itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “.( Riwayat Baihaqi )
-Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda :
“ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi(berus gigi) pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “.( Riwayat Ahmad )

 Ã¿  Cara
Memegang berus gigi dengan tangan kanan dan dimulakan dengan berus sebelah kanan mulut dan terus berus atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi, kalau boleh berus juga lidah untuk lebih bersih. Tiga bahagian gigi perlu diberus iaitu depan, atas dan belakang gigi.

 Ã¿  Kelebihan
-Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi (berus gigi) itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang  dengan tidak bersugi “. ( Riwayat Muslim )
-Dapat menambahkan akal.
-Dapat mencerahkan mata.
-Melambatkan tumbuh uban .
-Dapat menggandakan pahala.
-Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal .

 Ã¿  Jika x dapat berus tiap-tiap waktu, memadai berus 1 kali sehari.

 Ã¿  Solat itu lebih afdhal dan lebih besar fadhilatnya jika sudah berus gigi kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk solatnya serta dapat pelihara pergaulan yang baik di antara para jemaahnya semasa solat dengan bau mulut yang harum.
  
 Ã¿  Namun begitu, jangan lupa membaca bismillah sebelum memberus gigi.


 Ã¿  Selesai. Selamat beramal.


Tukar 'Pampers' Bayi? Kacang jer..


Kepada Ibu bapa yang baru mendapat anak pertama atau juga kepada sesiapa yang masih bujang dan ingin menambah ilmu tentang bayi, di sini saya tunjukkan kaedah-kaedahnya. Tanda bayi sudah buang air kecil /besar, dia akan menangis atau anda terhidu bau najis padanya atau dalam sela waktu tertentu anda telah memeriksa bayi tersebut telah buang air. Sentiasa senyum semasa melakukannya dan bercakap-cakap dengan bayi agar bayi gembira dan ia boleh dilakukan dengan mudah.

Langkah 1
Sediakan peralatan seperti tisu basah, lampin bayi, pelapik kalis air serta bakul sampah ditutupi plastik.

Langkah 2
Bersihkan tangan anda.

Langkah3
Letakkan bayi di atas pelapik.

Langkah4
Kemudian bukak lampin bayi tersebut.

Langkah 5
Dalam keadaan lampin bayi masih dipunggung bayi, angkat kaki bayi dengan tangan kiri dan tangan kanan menyuci punggung bayi dengan menggunakan tisu basah. Tukar beberapa kali tisu basah sehingga punggung bayi bersih dari najis. Buangkan lampin bayi dan tisu basah kedalam bakul sampah.

Langkah 6
Pakaikan lampin bayi baru kepada bayi.

Langkah 7
Cuci semula tangan anda dengan sabun

Langkah 8
Simpan pelapik, tuala basah ke tempatnya semula dan sisa yang telah dibuang tadi, dibungkus dan diletakkan di luar rumah.

Selesai. Selamat Mencuba




Saturday 18 June 2011

Biodata Darwish


Nama: 
Muhammad Darwish Bin Nazrul Sham

Umur: 
2 Tahun 2 Bulan (11 Jun 2011)

Alamat:
Kajang

Tarikh Lahir:
11 April 2009 (2.31 Pagi)

Tempat Lahir:
Pusat Rawatan Islam Az-Zahra, Bandar Baru Bangi

Bahasa Perantaraan:
Bahasa Jerman

Ketiggian:
2 Kaki Setengah

Berat:
10Kg (Seguni Beras)

Bakat:
Menyepak Bola
Menekan Segala-mala Suis Contoh: Suiz Lampu
Remote control Contoh:TV, Astro Dan Aircone
Terkini:Dapur Induction Cooker

Ikut Cakap:
Bila Disuruh G Bilik Air Untuk Ditukar Pampers

X Ikut Cakap:
Banyak

Sifat Sejati:
Slumber Land

Makanan Kesukaan:
Ayam Goreng

Susu:
Dugro

Jenama Baju:
Xde..

Kasut:
Bata

Pampers:
Drypers

Program TV Kesukaan:
Wonderpet

Adik-beradik:
Anak Sulong kepada 2 Orang
Abang kepada Khadijah Darwisyiah

Hobi: 
1.Cium Dahi Adik:Darwisyiah
2.Main Kunci Kereta
3.Bukak Bag Duit Abah dan Ummi n Sepah2kan Kad
4.Panjat Sinki n Main Paip
5. Sepah2kan Kertas Yang Tersusun Rapi
6.Men Apa-apa Cecair Dalam Tiub Dan Letak 
Kat Belakang Rambut Contohnya: Ubat Gigi
7.Lompat-lompat Setempat dan Ketawa (Exercise)
8.Menyanyi Lagu Yang Membosankan
9.Menulis Peta Di Atas Kertas 
(Contengan Yang X Difahami)

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...