Sunday 17 July 2011

6 Cara Jaga Kesihatan Gigi Anda Atau Anak


1. Elakkan makanan bergula
Pengambilan gula yang banyak boleh mengundang risiko gigi reput. Walaubagaimanapun hadkan pengambilan gula dalam menu utama atau dalam sehari. Inisiatif untuk elakkan, boleh la dengan meminum jus. Untuk minuman teh atau kopi bolehlah menggunakan gula tiruan.

2. Pilih buah dan sayuran
Kelebihan pada buah-buahan dan sayur-sayuran tentulah memberi impak positif dalam pembersihan gigi. Contonya dengan mengunyah epal dan langkah ini dapat membersihkan gigi. Selain epal, anda boleh juga memilih lobak merah brokoli, tomato dan oren.

3. Utamakan produk tenusu
Pengambilan yogurt, susu dan keju membawa kebaikan kepada gigi. Namun jangan lupa mencari bahan-bahan yang rendah lemak kerana mengandungi kalsium dan fosforus selain mengandungi Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium untuk gigi dan tulang.

4. Memberus gigi
Dalam sehari, kita perlulah memeberus gigi sebanyak 2 kali sehari. Pastikan kita berus dengan cara yang betul.

5. Pilih ubat gigi bersusaian
Pemilihan ubat gigi yang sesuai juga penting. Ia memberi kesegaran dan membantu menguatkan gigi. Jika boleh carilah ubat gigi yang diperbuat dari pudina, kayu sugi atau lain-lain.

6. Temujanji dengan doktor
Sesibuk mana pun, usah abaikan pemeriksaan berkala dengan doktor gigi. Anda digalakkan untuk membuat temujanji setiap 6 bulan untuk memastikan gigi sihat. Selain memastikan gigi anda tidak rapuh, nasihat doktor juga penting untuk mendapat gigi yang cantik.

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...