Sunday 17 July 2011

Ajar Si Manja Kekalkan Tumpuan Tika Belajar Sesuatu


Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim.. Kanak-kanak tidak boleh belajar sekiranya mereka hilang tumpuan. Sudah pasti ia menjadi tugas berat bagi ibu bapa dan guru untuk menarik & mengekalkan tumpuan si manja. Lebih-lebih lagi dalam usia yang muda, si manja lebih mudah mengalihkan perhatian. Berikut adalah beberapa panduan bagaimana kita boleh mengekalkan tumpuan si manja ketika melakukan aktiviti pembelajaran.


1. Rancang aktiviti pembelajaran yang cepat dan singkat

Adalah tidak munasabah untuk mengharapkan kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun memberi perhatian penuh terhadap satu aktiviti dalam jangka waktu yang panjang. Ia seharusnya singkat dan fokus. 

Semula jadi kanak-kanak yang berusia 7 tahun, seharusnya melakukan aktiviti pembelajaran dalam lingkungan 20 minit. 

Sementara kanak-kanak 8 hingga 9 tahun pula dalam lingkungan 30 hingga 40 minit. 

Maklumat ini berdasarkan kepada kajian psikologi kognitif dan menjadi asas kepada kejayaan kanak-kanak pada usia awl di serata dunia.

Kita harus faham bahawa minda kanak-kanak dicipta untuk mencari pelbagai maklumat dan pengalaman baru. Ini bermakna mereka terlalu lapar untuk terdedah kepada ilmu baru yang menarik.

Namun ini cabaran kepada ibu bapa jika mereka cepat bosan mempelajari sesuatu jika diminta mengulangi sesuatu berulang-ulang kali. Sebab itu perlu mencari inisiatif untuk memendekkan tempoh pembelajaran menjadi lebih pendek.

Sesi pembelajaran kanak-kanak mungkin merangkumi aktiviti membaca, melukis, mengira dan sebagainya, dalam masa 1 hingga 2 jam namun masih dalam kaedah yang ringkas.

Ibu bapa perlu beri tumpuan semasa mengajar mengajar mereka membaca perkataan baru, mengira atau mengeja. Letakkan juga matlamat yang realistik. Jangan memaksa atau terlalu mengharap si manja dapat menyelesaikannya dalam satu sesi.


2. Selang-selikan dengan tugas

Bagi mengekalkan tumpuan si manja, anda perlu memastikan mereka menerima gabungan aktiviti pembelajaran. Satu langkah bijak adalah dengan menyelang-nyelikan dengan aktiviti membaca, menulis, mengira dengan aktiviti yang lebih kreatif seperti kegiatan melukis, menyanyi, aktiviti seni dan kraftangan. Jika mereka baru selesai mengeja senarai perkataan baru selama 20 minit. tukar pula aktiviti melukis selama 20 minit seterusnya.

Prinsip asas adalah menyelang-nyelikan aktiviti yang menjurus kepada minda kepada pergerakan koordinasi motor. Contohnya, 20 minit pertama membaca, kemudian 20 minit kedua berlari-lari.

Kanak-kanak akan merasa resah dan gelisah jika dibiarkan pegun agak lama dengan hanya satu aktiviti. Biarkan mereka berlari-lari dan bermain sebentar. Anda akan dapati mereka lebih memberi tumpuan kepada aktiviti berikutnya.

Kesimpulan:
Kita boleh menarik perhatian kanak-kanak dengan menyusun aktiviti pembelajaran dengan permintaan kognitif mereka. Bahagikan aktiviti dengan waktu yang ringkas, insya'allah berkesan.

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...