Sunday 19 June 2011

Tukar 'Pampers' Bayi? Kacang jer..


Kepada Ibu bapa yang baru mendapat anak pertama atau juga kepada sesiapa yang masih bujang dan ingin menambah ilmu tentang bayi, di sini saya tunjukkan kaedah-kaedahnya. Tanda bayi sudah buang air kecil /besar, dia akan menangis atau anda terhidu bau najis padanya atau dalam sela waktu tertentu anda telah memeriksa bayi tersebut telah buang air. Sentiasa senyum semasa melakukannya dan bercakap-cakap dengan bayi agar bayi gembira dan ia boleh dilakukan dengan mudah.

Langkah 1
Sediakan peralatan seperti tisu basah, lampin bayi, pelapik kalis air serta bakul sampah ditutupi plastik.

Langkah 2
Bersihkan tangan anda.

Langkah3
Letakkan bayi di atas pelapik.

Langkah4
Kemudian bukak lampin bayi tersebut.

Langkah 5
Dalam keadaan lampin bayi masih dipunggung bayi, angkat kaki bayi dengan tangan kiri dan tangan kanan menyuci punggung bayi dengan menggunakan tisu basah. Tukar beberapa kali tisu basah sehingga punggung bayi bersih dari najis. Buangkan lampin bayi dan tisu basah kedalam bakul sampah.

Langkah 6
Pakaikan lampin bayi baru kepada bayi.

Langkah 7
Cuci semula tangan anda dengan sabun

Langkah 8
Simpan pelapik, tuala basah ke tempatnya semula dan sisa yang telah dibuang tadi, dibungkus dan diletakkan di luar rumah.

Selesai. Selamat Mencuba




No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...