Istilah Ilmu Tajwid adalah pengetahuan kaedah dan cara-cara membaca Al-Quran dengan betul.
Ilmu Tajwid adalah penting untuk semua orang. Membaca al-Quran tanpa ilmu tajwid adalah fasiq.
Tujuan ilmu tajwid adalah memelihara bacaan Al-Quran dari kesalahan membaca.
Belajar ilmu tajwid itu hukumnya Fardu Kifayah dan membaca Al-Quran dengan baik hukumnya Fardu ‘Ain.
Antara rukun-rukun tajwid
1. Tahu tempat keluar huruf ketika baca al-Quran
- Salah baca menyebabkan berlaku 'Lahn' iaitu kesalahan dalam membaca al-Quran.
2. Tahu sifat-sifat huruf hijjaiyah
- Jika sudah faham, al-Quran dapat dibaca dengan fasih dan lancar. Sifat huruflah menentukan (sebutan) itu dibaca dengan tepat.
Kaedah Talaqqi Wal Musyafahah bertujuan mengetahui jenis-jenis huruf-huruf hijaiyyah.
Langkah 1:
- Guru membaca, manakala murid mendengar.
Langkah 2:
- Guru membaca, manakala murid mengikut bacaan guru :'meniru'.
Langkah 3:
- Murid membaca, guru mendengar atau menyemak bacaan murid. Ini untuk memastikan tahap ilmu seterusnya lebih diyakini.
Proses ini penting untuk memastikan kedua-kedua rukun tajwid tadi dapat direalisasikan, insya'Allah.
4 cara baca Al Quran
1. At-Tahqiq:
- Bacaannya seperti tartil cuma lebih lambat dan perlahan.
- Betulkan bacaan huruf dari makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung.
- Biasanya dibaca oleh pelajar yang baru belajar membaca Al Quran untuk melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dengan tepat dan betul.
2. Al-Hadar:
- Bacaan yang cepat serta memelihara hukum-hukum bacaan tajwid.
- Bagi mereka yang telah menghafal Al Quran, supaya mereka dapat mengulang bacaannya dalam waktu yang singkat.
3.At-Tadwir:
- Bacaan yang pertengahan antara tingkatan bacaan tartil dan hadar, serta memelihara hukum-hukum tajwid.
4.At-Tartil
- Bacaannya perlahan-lahan.
- Ia secara tenang dan huruf dilafaz dari makhrajnya dengan tepat.
- Bacaan tajwid dengan sempurna.
- Memahami maksudnya, hukum dan pengajaran ayat.
- Bacaan ini adalah lebih baik dan lebih diutamakan.
Sebelum tu, jangan lupa... berwuduq dahulu n baca bismillah. Amalkan 10 ayat sehari selepas makan.. eh! gurau jer.. Bila-bila sahaja. Selamat beramal.
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudi..