Saturday 25 June 2011

Mulianya Ibu Bapa Ku.. 18 Ciri Penting?.. What's Up


Di sini, akan ditunjukkan 18 perkara yang perlu dititikberatkan oleh anak terhadap ibu-bapa. Semoga kawan-kawan amalkan secara istiqomah. Insya'allah.. Sebelum tu, kalau ader Hari Ibu dan Hari Bapa, jangan lupa wish n bagi hadiah untuk gembirakan hati mereka tau.. :)  18 perkara adalah seperti berikut;

1.Beradab dengan tutur kata
-Cakap dengan nada yang mendamaikan.. contoh:wahai ibuku..

2.Tidak memaling muka
-Masa tengah marah la ni, x nak terus tengok muka ibu dan bapa.. x boleh yer..

3. Tidak duduk lebih dulu dari mereka
-Belum apa-apa lagi.. di meja makan contohnya.. cepat2 dia duduk dulu.. aip!! kasi mak dan ayah dulu yer..

4. Tidak bercakap dengan nada keras
-Siap cakap hoi lagi.. Hmmm.. datang la dekat2 n cakap elok2.. Melatah pulak derang nanti, kalau cakap kuat-kuat. X boleh tau. Berdosa besar.

5. Tidak tinggi diri
-Mentang-mentang dia baru balik sekolah agama (petang), mana yang mak dan ayah x buat, dia terus suruh dengan bangga diri. Hmmm.. bagitaula bila time bergurau atau masa sesuai.. ingat.. kita menuntut ilmu pun bukan untuk riak pada mak dan ayah atau kawan-kawan.

6. Tidak menghina
-Rasa x puas hati la konon dengan keadaan rumah yang miskin atau x seindah orang lain.. lalu menghina rumah mak dan ayah.. Kawan-kawan, kita patut rasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Barulah Allah sayang..

7. Tidak memaki
-Ni kes marah sangat. Kekadang pendapat ayah dan mak, x ngam ngan pendapat kita. Bila x setuju dan ingin melontarkan kemarahan, kita panggil pula mak dan ayah dengan kata-kata kesat. Dosa besar tu kawan-kawan. Kalau marah-marah, boleh berwuduq n duduk muhasabah diri, di mana silap kita.

8. Tidak mengaku darah daging-
-Contohnya, kalau nak kawin n ayah x bagi.. pergi pulak cari wali lain. Pergilah kepada ibu atau bapa n tanya mereka slow-slow kenapa x bagi. Mesti ada jawapannya.

9. Tidak mengabaikan keperluan ibu bapa
-Ketika kecil derang dah besarkan dan bayar memacam untuk belanja sekolah. Bila dah besar n derang dah tua or x mampu. Kita kedekut pula. Kalau boleh usahakan juga untuk keperluan mereka.

10. Tidak berhutang dengan ibu bapa
 -Sikit2.. Mak pinjam duit.. Ayah pinjam duit.. kalau boleh usaha, usahalah sendiri yer.. Sian derang..

11. Tidak mencuri barang ibu dan bapa
-Ada ke yang mencuri keronsang ibu... Aip!! mesti mintak izin tau.

12. Tidak menghina agama ibu bapa
-Untuk yang muallaf, kalau dah masuk agama Islam. Masih wajib layan mereka dengan baik selagi x engkar agama Islam.

13. Tidak membiarkan ibu bapa jadi hamba
-Kemas umah mak.. cuci kereta jer ayah... Jangan cam tu. Tolong-tolong la apa yang patut. Ringan sikit tugas mak dan ayah. Hmmm.. :)

14. Tidak engkar arahan
-Mak atau ayah suruh wat keje.. Kejappppp!! (woo menjawab).. Pastu x buat terus.. Berdosa tau kawan-kawan.. kena buat jugak..

15. Tidak keluar rumah tanpa izin
 -Kena mintak izin dulu. Kat luar tu macam2 ader. Harimau pun ada. Tanya dulu tau. Bila tempat yang bahaya, ibu bapa akan cakap.. "x boleh"..

16. Tidak dendam dengan mereka
-Perasaan x puas hati la ni.. x boleh tau. Kalau x setuju pun.. still redho dalam hati. Tenang jer.. Insya'allah.

17. Tidak masuk bilik mereka 3 waktu, tanpa izin
-Pada waktu2 tersebut; sebelum subuh, tengahari dan sesudah solat isya'.. Waktu-waktu ini waktu untuk ibu dan bapa. X boleh ganggu. Mungkin ada hal sulit mereka nak bincang ye.

18. Menguruskan dan mensolatkan jenazah mereka
-Setiap insan perlu memperlajari kaedah menguruskan jenazah. Ia adalah Fardu Kifayah. Setiak-tidaknya, kita menguruskan jenazah ibu dan bapa kita sendiri. Roh mereka akan lebih rasa gembira dan tenang, jika ia dilakukan oleh anak-anaknya sendiri. Insya'allah..

Itu sahaja buat kali ini. Bertaubatlah kepada Allah jika ader melakukan kesilapan. Ia perlu diperbaiki segera. Jangan tangguh2.. Solat taubat jika boleh jika pernah derhaka pada mak dan ayah. Insya'allah.. Allah makbulkan. Ingat.. dah bertaubat, jangan buat lagi.  :)




No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...