Monday 20 June 2011

Mural Dinding untuk bilik baby? Begini Caranya..


Nak buat mural dinding? Begini..

Bahan-bahan:Berus, bekas isi air bila hendak tukar warna, pewarna Pelaka, gambar kartun, kertas karbon, 'masking tape', plat pewarna (untuk campurkan warna jika perlu), kertas surat kabar, pensil atau pen.

1. Cari gambar kartun kat buku, majalah atau buku mewarna.

2.Potostat gambar sebesar yang anda mahu.

3. Pilih dinding mana yang hendak dilukis.

4. Bersihkan dinding tersebut dari paku atau sebagainya.

5.Letakkan kertas surat kabar kat sepanjang bawah kawasan tempat mural.

6. Letak kertas karbon dan gambar bersekali dan masking tape kan. Boleh dilekatkan 1 persatu1.

7. Lukis semula gambar ke atas kertas karbon dan tanggalkan bila selesai.

8. Basahkan berus dan warnakan mural sehingga selesai. Gunakan plat pewarna jika perlu.

9. Buang benda-benda tidak perlu seperti surat kabar dan 'masking tape' ke dalam plastik. Berus, bekas air dan pewarna yang lebih disimpan di tempat selamat.

Selesai. Selamat Mencuba.

-Nilai mural yang dilukis di dinding seperti gambar di atas berharga RM200. Jika anda lakukannya sendiri, ia hanya menggunakan sedikit modal.-

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...