Wednesday 22 June 2011

Cirit-birit Juga Penyebab Kematian Anak?


 Antara faktor-faktor:

a. Makanan tercemar
b. Puting dan botol susu yang tidak bersih
c. Ibu yang menyusu bayi makan jamu
d. Paranteral Diarrhea



Apakah parentral diarrhea?

Parentral diarrhea adalah satu simptom cirit-birit yang berlaku semasa kanak-kanak mengalami demam viral beserta dengan batuk berkahak.



Kebiasaannya kanak-kanak tidak pandai untuk mengeluarkan kahak daripada kerongkong/mulut apabila batuk.

Apabila kanak-kanak batuk dan kahak terkeluar daripada kerongkong ke dalam mulut, kanak-kanak biasanya akan menelan kahak tersebut.
Disebabkan kahak mengandungi virus/kuman maka virus/kuman ini boleh menyebabkan cirit-birit apabila ia masuk ke dalam saluran penghadaman.

Perubahan Ketara

Kaedah mengetahui samada anak mengalami cirit-birit dehidrasi atau tidak?
Petanda cirit birit adalah bayi atau kanak-kanak perlu menukar dypers sentiasa.
Selain itu, terdapat perubahan fizikal pada bayi atau kanak-kanak itu;

Bayi:
·       Ibu-ibu boleh merasa bahagian ubun-ubun bayi mereka. Jika ubun-ubun terasa lekuk, ini menandakan bayi telah mengalami dehidrasi/kekurangan air.
·       Bayi lemah dan tidak aktif seperti biasa.
Bibir kering, lidah kering


Kanak-kanak : 
·       Yang telah tertutup ubun-ubun mereka.
·       Bibir kering dan berkeruping.
·       Lidah kering (nampak warna keputihan pada lidah dan air liur yang kurang).
·       Kanak-kanak kelihatan lemah, tidak aktif seperti biasa dan tidak berminat untuk bermain seperti biasa.

Bawa Ke Hospital Kerajaan atau Swasta

Jika terdapat tanda-tanda seperti di atas anda harus membawa anak anda segera ke Jabatan Kecemasan Hospital agar darahnya boleh diuji samada anak anda mengalami Paranteral diarrhea atau tidak.

Dari penyakit tersebut, akibat demam yang terlampau tinggi suhunya melebihi 40 oc serta dihidrasi yang teruk boleh menyebabkan berlaku penyakit sawan.



Sawan


·      Sekiranya ia berlaku dirumah, ambil kain bersih dan basahkan.
·       Kemudian perahkan ke atas kepala anak anda, Ulangi sehingga suhu mengurang.
·       Sapukan kain basah ke seluruh badan anak anda.
·       Sukat suhu kepanasan sehingga turun ke 36oc.
·       Jika dia belum mengambil ubat, berikan ubat mengikut sela masa tertentu.
·       Ubat demam bontot sela 6 jam sekali selepas makan atau ubat demam cecair setiap 4 jam sekali lepas makan. (Kedua-dua ubat tidak boleh di ambil serentak).




No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...