Happy atau gembira sesangat? Ini yang  semua orang cari. Tapi, x selalu kita 'happy' yer kawan-kawan. Belajar  tentang 'happy' dan kaedah-kaedah membuat orang lain 'happy' adalah  bagus untuk meningkatkan keyakinan diri dan memperelok komunikasi sesama  insan.
Langkah 1
Menjadi  optimis atau pandang positif. Kekadang ader orang yang memang sifat  semula jadinya 'happy' salu. Namun, sebetulnya ia lebih dipengaruhi oleh  cara kita berfikir. Mula-mula kita perlu berhenti dari berfikiran  negatif.
Langkah 2
Ikut  naluri hati. Jika kita sudah berusaha memilih sesuatu, kita perlu juga  menilai pendapat tersebut samaada kita mampu melaksanakannya atau tidak  (ikhlas). Barulah ia menjadi mudah. Namun, pastikan pendapat atau  saranan itu tidak bercanggah dengan syarak. 
Langkah 3
Perlukan  sedikit modal. Memenuhi keperluan harian jugak dapat mengekalkan rasa  'happy'. Antaranya makan, pakai, dan tempat tinggal. Makanan yang halal  lagi bersih menghasilkan kehidupan yang baik dan tenang. Pakaian yang  elok, menyelematkan dari bahaya. Dan tempat tinggal yang selamat boleh  mententeramkan. 
Langkah 4
Sentiasa  rapat dengan keluarga dan sahabat. Silap jika rasa mengejar kekayaan  itu boleh membuatkan kita 'happy'. Perhubungan dan komunikasi sosial itu  amatlah penting. 
Langkah 5
Wujudkan  suasana 'happy' di persekitaran tempat kerja atau tempat tinggal. Ramai  yang ader bakat bergurau sebenarnya. Tapi, bila masing-masing senyap.  Apa kata anda cetuskan. Tapi ingat, jangan ketawa melampau sehingga  mengganggu orang lain.
Langkah 6
Senyum.  Senyum itu adalah sedekah dan punca murah rezeki. Samada kita 'happy'  atau tak masa kita senyum, mood kita akan bertukar.
Langkah 7
Memaafkan  sesama insan. Hmm.. kalau asyik nak fikir negatif tentang orang lain,  percayalah.. kita akan menjadi lemas dengan jawapan yang kita cipta  sendiri. Atau dalam erti kata lain, x sudah-sudah. Tapi, bila kita  memaafkan, kita menoktahkan yang negatif itu.
Langkah 8
Mencari  kawan yang boleh berkongsi minat atau hobi. Contoh lelaki yang  menunaikan solat di masjid adalah lebih baik dari yang tidak, kerana  jika mereka bertemu orang ramai dalam masa yang sama memperjuangkan  hukum Allah bersama-sama akan lebih rasa bersemangat. Dan dengan itu,  timbullah rasa 'happy'.
Kawan-kawan,  sebelum kita melaksanakan sesuatu mulailah ia dengan bismillah. Semoga  apa yang diusahakan mendapat ganjaran yang lebih banyak di akhirat  nanti. Dan ini juga boleh membuatkan kita gembira. Insyallah..
Selesai. Selamat beramal.

No comments:
Post a Comment
Sudi-sudi..