Wednesday 15 June 2011

Ooh.. Macam Ni Cara Mandikan Bayi

.
  • Mandikan bayi adalah aktiviti yang sangat disukai. Ia merupakan masa yang menyeronokkan untuk anda dan bayi.  Di sini akan diceritakan asas memandikan bayi. Jangan lupa untuk bercakap-cakap dengan bayi ketika anda ingin memandikan dia. Jika anda tidak tahu ingin berkata apa, perkara paling mudah ialah dengan memberitahunya setiap apa yang anda lakukan ketikan memandikan dia. Mereka suka berinteraksi dan meransang otak mereka dan membuatkan mereka berasa lebih selesa.

  • Menyediakan persiapan adalah langkah-langkah terawal. Sediakan tuala, baju, stokin kaki dan tangan, barut, sabun, lotion, pampers, minyak Yuyi, bedak dan sebagainya. Juga jangan lupa besen.



  • Setelah itu masukkan air suam. Berhati-hati dengan menetapkan suhu air. Anda boleh juga menggunakan penguji suhu yang boleh anda perolehi di kedai aksesori bayi. Sebelum memasukkan sabun. Ambil sebekas kecil air untuk membilas bayi dengan air tersebut. Kemudian, anda masukkan sedikit cecair sabun. Dan kocak-kocakkan air tersebut (contoh:seperti yang dibuat di spa).


  • Jangan lupa untuk becakap-cakap dengan bayi dan senyum menandakan anda suka melakukannya. Jika boleh gunakan kapas untuk menyuci badan bayi, kerana jari jemari kita kadang-kadang agak kasar. Kemudian, mula memandikan bayi. Jangan lupa setiap pergerakkan kita dalam memandikan bayi, kita susuli dengan doa. Bila kita menyucikan rambut, kita berniat agar Allah melindungi bayi dari  terpedaya dengan hasutan syitan. Diikuti dengan membasuh tangan dan berniat agar Allah menghindari dari tanggan bayi mencapai perkara yang haram. Kemudian kaki, berniat agar Allah mengelakkan bayi dari pergi ke tempat-tempat tidak elok atau maksiat. Jika memegang bayi dengan tangan kanan, anda letakkan bayi ke tangan kiri dengan memegang dada bayi. Kemudian tangan kanan menyuci belakang bayi. Sehingga selesai. Kemudian ambil air bilasan tadi, dan ratakan air ke rambut dan muka bayi. Kemudian ambil baki air, curah kan di dada bayi dan belakang bayi. Setelah itu dukung bayi dan hembuskan di telinga kiri dan kanan bayi agar tiada air yang masuk ke telinga bayi.



  • Lapkan bayi dengan tuala, keseluruh badan bayi dengan lembut. Kemudian, sapukan minyak angin ke perut bayi dengan lembut dan kedua-dua kaki bayi. Senyum kepada bayi anda. Kemudian, anda boleh mengurut seluruh badan bayi dengan minyak bayi. Dilain waktu saya akan tunjukkan langkah-langkah mengurut bayi. Sapukan bedak dan jangan lupa menyapukan colonge atau pewangi yang boleh dicalitkan ke pergelangan tangan bayi atau dadanya.


  • Setelah selesai, bagi bayi yang baru lahir kita pakaikan barut yang boleh dibeli di kedai aksesori bayi atau dengan menjahitnya sendiri. Ia terdapat dalam dua jenis iaitu jenis pelekat atau tali. Kemudian pakaikan baju bayi. Jangan lupa memakaikan baju dengan doa memakai baju. Disusuli memakaikannya stoking kaki dan tangan. Selepas itu, Sapukan minyak bayi ke rambutnya. Boleh juga menyikat rambut atau dengan menggunakan tangan sahaja menyisir rambutnya.



  • Jika bayi tiada masalah kulit, bolehlah memakaikan bedung kepada bayi yang saya akan tunjukkan caranya di lain waktu. Ia bertujuan untuk mewujudkan rasa selesa ketika dia tido lebih-lebih lagi di waktu pagi. Ia juga adalah untuk tujuan meluruskan kaki bayi.


  • Letakkan pakaian bayi yang sudah dipakai, stokin-stokin, serta lampin dan tuala yang tidak digunakan  ke dalam bakul untuk dibasuh.


  • Selesai. Selamat mencuba.



No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...