Sunday 19 June 2011

Fadilat Berus Gigi? Ooh.. begitu.. Nape x cakap awal-awal


Salam kawan-kawan, di sini saya ingin bagitahu beberapa perkara tentang memberus gigi.

 ÿ  Berus gigi adalah membersihkan mulut dan gigi.

 ÿ  Hukum

1.Sunat
Bila-bila masa, lebih-lebih setelah bangun dari tidur, sebelum solat, ketika hendak baca Al-Quran.

2.Makruh,
Pada gelincir matahari ( masuk waktu Zohor ) bagi orang yang berpuasa , sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “ Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah s.w.t. itu lebih harum daripada kasturi “.( Riwayat Muslim )

 ÿ  Alat
Benda yang suci dan kesat seperti berus gigi , kayu siwak , kain juga boleh, atau paling mudah dengan jari.

 ÿ  Hadith
Rasulullah s.a.w. tentang berus gigi :
-Dari Aisyah r.a.h. “ Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi(berus gigi) itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “.( Riwayat Baihaqi )
-Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda :
“ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi(berus gigi) pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “.( Riwayat Ahmad )

 ÿ  Cara
Memegang berus gigi dengan tangan kanan dan dimulakan dengan berus sebelah kanan mulut dan terus berus atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi, kalau boleh berus juga lidah untuk lebih bersih. Tiga bahagian gigi perlu diberus iaitu depan, atas dan belakang gigi.

 ÿ  Kelebihan
-Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi (berus gigi) itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang  dengan tidak bersugi “. ( Riwayat Muslim )
-Dapat menambahkan akal.
-Dapat mencerahkan mata.
-Melambatkan tumbuh uban .
-Dapat menggandakan pahala.
-Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal .

 ÿ  Jika x dapat berus tiap-tiap waktu, memadai berus 1 kali sehari.

 ÿ  Solat itu lebih afdhal dan lebih besar fadhilatnya jika sudah berus gigi kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk solatnya serta dapat pelihara pergaulan yang baik di antara para jemaahnya semasa solat dengan bau mulut yang harum.
  
 ÿ  Namun begitu, jangan lupa membaca bismillah sebelum memberus gigi.


 ÿ  Selesai. Selamat beramal.


No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...