Wednesday 22 June 2011

Betul Jugak Tu, Beli Baju 'Baby' pun Ader Tipsnyer


Sebilangan bayi atau kanak-kanak cepat membesar. Jadi dengan ini, saiz baju derang cepat bertukar. Panjang kaki pun dah melebihi seluar, dan baju pun mulai lusuh. Jadi, Ibu dan bapa kena la sentiasa belikan yang baru. Betul tak? Tapi, nak beli pun ader caranya nak pilih. Ha.. Kat sini saya terangkan cara nak pilih baju. Ada 10 tip yang boleh anda gunakan sebagai panduan iaitu:


1. Mereka perlukan fabrik lembut yang fleksibel, tidak terlalu tebal agar lebih selesa dan mudah untuk bergerak. Jadi, pastikan anda memilih dengan teliti ciri-ciri fabrik tersebut.

2. Pilih pakaian yang elastik atau jenis boleh direnggangkan. Ia lebih mudah untuk dipakaikan kepada mereka.


3. Boleh juga memilih kain jenis ‘cotton’ atau kapas sebab ia lembut dan selesa. Ia tidak perlu digosok sesukar kain jenis lain.

4. Bawa anak bersama semasa membeli pakaian (kanak-kanak).

5. Pilihlah baju mengikut kesesuaian bajet yang anda mahu. Jika tidak mengikut bajet, anda mungkin perlu mengumpulkan wang dahulu dan ia agak lambat.

6. Warna baju pula kalau boleh terdiri dari satu atau dua warna yang jelas dan terang sahaja. Warna pastel agak lebih menarik. Kalau boleh jangan dihiasi objek kartun yang terlampau banyak, ia agak serabut.

7. Boleh juga membelikan baju bayi yang mengikut ‘trend’ namun tidak perlu terlalu banyak mengikut keperluan jika hadir ke majlis tertentu.

8. Ingat, jangan terlampau ketat kerana  ia boleh memerangkap peluh dan terbuka kepada ransangan kulit atau ruam.

9. Baju-baju ‘bundle’ juga tidak kurang bagusnya. Kadang-kadang ia terdiri  dari pakaian yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. 


10. Juga lebih cepat membeli secara on9. Tidak perlu kuar rumah.

Jangan lupa ajari anak supaya membaca Doa Memakai Pakaian.
Itu sahaja. Selamat ber’shopping’.

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...