Monday 13 June 2011

MENDAPAT ZURIAT BIJAK



AKTIVITI IBU MENGANDUNG

·         Perkara paling penting adalah ibu mengamalkan membaca Surah Yassin(Berbagai Kelebihan), Surah Yusuf(Memperoleh Anak Comel) surah Maryam(Mudah Bersalin) serta Surah Luqman (Anak Bijak). Jika mampu lagi.. Khatam Quran berapa kali yang mampu. Insya’allah hasilnya amat berkesan.

·         Ibu dan bapa perlu membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami untuk melatih otak baby, semoga ia menjadi genius apabila dewasa melahirkan anak.

·         Boleh juga alat bantuan bunyi diletakkan diperut ibu (gelombang positif) untuk meransang perkembangan minda.


PEMAKANAN

·         Ibu perlu makan badam dan kurma bersama susu.

·         Juga makan roti dan ikan tanpa kepala  juga boleh mengamalkan makan berbagai jenis kekacang.

·         Ikan baik untuk perkembangan otak baby.

·         Kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

·         Dengan kaedah lebih mudah boleh mendapatkan pil minyak ikan.

·         Anak perlu dididik menyanjungi Hero Islam antaranya Para Nabi, Rasul, Anbiya atau Ahli-ahli Ulama yang lain.

·         Jika boleh elakkan anak dari melihat rancangan televisyen yang tidak sesuai termasuk kartun-kartun yang tidak membina. (sejak dari baby)


PERENCAT OTAK

·         Ibu elakkan dari merokok atau menghidu asap rokok untuk mengelak dari melahirkan baby yg cacat otak (bodoh atau lembab).

·         Juga elakkan anak minum air yang sudah dimasuki semut kerana dipercayai ia boleh membuat anak mudah lupa.

·         Jika boleh, elakkan dari memukul bayi hingga kanak-kanak kerana kuatir mereka takut mencuba sesuatu.


PERINGKAT BAYI

·         Bayi jika boleh diberi susu ibu sehingga umur bayi 2 tahun jika mampu. Ia juga mampu menjadi antibiotic semula jadi bayi yang tidak dapat ditandingin makanan tambahan yang lain.

·         Kanak-kanak perlu diterapkan dengan semangat minat membaca seawal bayi. Jika boleh bacakan buku disampingnya sebelum tidur.

·         Dalam perbualan elakkan dari menggunakan kata-kata negatif contohnya ‘Jangan’. Namun lebih bagus jika diberi ‘option’ apa yang boleh dilakukan.


PERINGKAT TADIKA

·         Didik anak-anak menyanjungi Hero Islam antaranya Para Nabi, Rasul, Anbiya atau Ahli-ahli Ulama yang lain yang sememangnya dianugerahkan akal yang bijak.

·         Kanak-kanak diberi makan buah-buahan bersama badam.

·         Ketika memperlajari sesuatu, anak diajar membaca doa menuntut ilmu.

·         Pil minyak ikan (code oil lever).

·         Juga boleh melatih bermain piano.

·         Bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak
Gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak).

Pesanan: Itu sahaja yang dapat dikongsi. Anda boleh juga menambah apa yang kurang. J Segala apa pun boleh dicapai dengan doa. Insya’allah. berdoa lah pada Allah agar kita memperoleh anak yang bijak. Kalau mampu dengan disusuli solat hajat. Allah Maha Memakbulkan Doa’. Amin.

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...