Thursday, 20 June 2013

10 Kelebihan Untuk Orang Yang Bersabar

Assalamualaikum Kawan-kawan dan adik-adik, dah lama blog ini x aktif. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berkogsi ilmu yang hanya secebis ini. Kawan-kawan tahu x apa makna sabar. Sabar adalah suatu perasaan tenang dalam diri walaupun diuji dan dilanda masalah. 

Kawan-kawan nak tahu apakah kelebihan yang Allah SWT akan berikan kepada hamba-hambanya yang bersabar. Di sini disenaraikan 10 kebaikkannya ;

*Pertama : Di ampunkan dosa untuknya.


Dalam hadis qudsi berkata Syaddad bin Aus r.a. bahwasanya Nabi SAW. bersabda maksudnya : “Allah telah berfirman:  'Sekiranya Aku uji salah seorang hamba-Ku yang mukmin, lalu ia memuji-Ku seraya bersabar atas (penderitaan) apa yang Aku mengujinya. Maka ia akan bangun dari tempat pembaringannya, bagaikan anak yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih dari dosa. Lantas Tuhan akan memerintahkan malaikat Pencatat Amal: Sesungguhnya Aku telah menahan hamba-Ku ini dan Aku telah mengujinya, maka kini catatkanlah baginya apa yang kamu selalu catatkan sebelum itu dari pahala-pahala amalannya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslirn)

*Kedua : Allah SWT merasa malu kepadanya semasa di neraca timbangan dan membuka buku catatannya diakhirat.

Berkata Anas ra. bahawasanya Nabi SAW  bersabda maksudnya : ”Allah telah berfirman:
'Jika Aku menimpakan suatu mushibah ke atas salah seorang hamba-Ku pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima mushibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau membuka buku catatan amalnya.” (Hadis riwayat Qudha’i, Dailami, Hakim dan Tirmidzi) - hadis qudsi.

*Ketiga : Allah SWT ingin mendengar sendiri ucapan hamba yang diuji-Nya .
(mukmin tersebut sentiasa memuji-muji kebesaran Allah SWT dengan dia bersabar dan tidak mengeluh)

Berkata Abu Umamah ra. bahwasanya Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Allah telah berfirman: 'Wahai malaikat-ku. Pergilah kepada hamba-Ku, dan timpakan ke atasnya bala'. Maka para malaikat pun menimpakan bala ke atasnya dan orang itu memuji Allah. Para malaikat lalu kembali mengatakan, 'Wahai Tuhan kami ! Kami telah menimpakan atasnya sebagaimana yang Engkau perintahkan'. Berfirman Tuhan: 'Kembali semula kepadanya, Aku ingin mendengar apa katanya'.” (Hadis riwayat Thabarani) - hadis qudsi.

*Keempat : Di bebaskan daripada seksaan api neraka.

Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya ia bersama dengan Rasulullah SAW menjenguk orang yang sakit kerana demam, lalu Rasulullah SAW. bersabda maksuanya : “Bergembiralah, kerana Allah telah berfirman:  'Itu adalah api-Ku, yang Aku kuasakan terhadap hamba-Ku yang mukmin di dunia agar menduduki (sebagai pengganti) bagian apinya di akhirat'.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah) - hadis qudsi.

*Kelima : Di berikan kesihatan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Dari Abu Hurayrah r.a., bahwasanya Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Berfirman Allah Ta’ala: 'Apabila Aku menimpakan bala ke atas hamba-Ku yang mukmin, lalu ia bersabar (atas penderitaan itu), tiada ia mengadu atau mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya, nescaya akan Aku lepaskan dia dari tahanan-Ku (penderitaan itu), kemudian Aku tukarkan dagingnya dengan daging yang lebih baik, dan darahnya dengan darah yang lebih baik, sehingga ia dapat bekerja semula (yakni: setelah semua dosa dan kesalahan yang lalu Allah ampunkan semuanya)'.”
(Hadis riwayat Hakim)

*Keenam : Di berikan ganjaran pahala tanpa batas.

Firman Allah SWT  maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (tanpa batas) " (Surah az-Zumar ayat 10).

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah SAW. juga pernah bersabda yang bermaksud: "Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah SWT dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat."

*Ketujuh : Mendapat selawat dan rahmat daripada Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya : "Dan berilah khabar gembira kepadaorang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya."
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

*Kelapan : Mendapat balasan syurga.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW  bersabda didalam Hadis Qudsi: Allah SWT berfirman yang maksudnya :"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). "
(Hadis riwayat Bukhari).

*Kesembilan : Jaminan mendapat pertolongan Allah SWT.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Ya (cukup), jika kamu semua bersabar dan bertakwa. Dan (seandainya) mereka menyerang kamu semua seketika itu juga, nescaya Allah akan menolong kalian dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda." (Surah Ali-Imran ayat 125).

*Kesepuluh : Di berikan oleh Allah SWT sifat penyabar.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi, kenapa perlu kita tidak memilih untuk bersabar. Jika Allah SWT yang menciptakan kita pun akan menganugerahkan sesuatu yang terbaik untuk kita apatah lagi manusia. Selamat mencuba.  :)

Thursday, 8 December 2011

Jadual Ibadah Setiap Hari.. Tiada Boring Setiap Hari Lagi.. Hi.. Insya'allah

Salam kawan-kawan semua.. Boleh 'Click' pada jadual tersebut dan 'print' terus..
Selamat Beramal.. Semoga kita sentiasa berada di dalam ibadah-ibadah wajib dan sunat seperti yang disenaraikan. Ingat.. Kawan-kawan, jika ingin berhibur tidak salah, namun jangan sampai lupa pada perintah Allah SWT yang wajib. Insya'llah kita sentiasa berada di landasan yang betul.. Amin.


Jadual Ibadah Setiap Hari.. Tiada Boring Setiap Hari Lagi.. Hi.. Insya'allah

Salam kawan-kawan semua.. Boleh 'Click' pada jadual tersebut dan 'print' terus..
Selamat Beramal.. Semoga kita sentiasa berada di dalam ibadah-ibadah wajib dan sunat seperti yang disenaraikan. Ingat.. Kawan-kawan, jika ingin berhibur tidak salah, namun jangan sampai lupa pada perintah Allah SWT yang wajib. Insya'llah kita sentiasa berada di lindasan yang betul.. Amin.


Monday, 24 October 2011

Resipi Kentang Putar.. Untuk Abah n Anak-anak.. Hihi.. Sonang Yo..



Salam semua,
Ater teman teringin nak buat kentang putar ni... Cari2 at google.. jumpa ler at blog orang.. Nak copy paste kat Microsoft Word, komputer teman idok ler ader program tu.. Then, teman fikir nak copy paste at yahoo mail pun, nak ngantor kat sape kalau nak save.. Ha!! alhamdulillah. Teman dapat idea.. teman letok kat sini.. t bila teman nak buat untuk encik somi n baby-baby, teman bukak blog ni.. Ader baguih jugak share ngan kome2.. kome nak share kat FB, suker hati komer ler.. hihi.. tata titi tutu.. :P

Bahan-bahan ( 10 biji kentang )

• 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
• 1 sk lada hitam di tumbuk halus
• 1/2 cawan fresh milk
• garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Rebus kentang dgn sedikit garam
2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
4. Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya

Sos kentang putar (rasa macam kfc la…)

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

• 650 ml air
• 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
• 1 biji bawang besar - cincang
• 1 batang saderi - cincang
• 40 gm mentega
• 20 gm tepung gandum
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos tiram
• sedikit serbuk lada hitam
• kicap pekat
• garam

Cara-cara:

1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.

Tuesday, 2 August 2011

Nak Cuba Masak Sup Tulang Untuk Berbuka? Boleh Jer..



Assalamualaikum.. kawan-kawan semua. Hari ni bolehla kita share tentang resipi keluarga yang sangat menarik ini yer. Tapi, kalau boleh tulang lembu tu perlu dibeli pagi yer.. bukan apa tau kawan-kawan, ia perlu direbud lama untuk dapatkan daging yang empuk dan mudah dimakan bila berbuka nanti. Insya'allah.

Bahan-bahan
    500g tulang lembu
    1 sup bunjut
    2 kiub ayam
    2 1/2 liter air.
    3-4 ulas bawang putih
    1 cm halia
    minyak tumis
    daun sup/ daun bawang
    bawang goreng
    cili padi
    limau nipis
    2 biji ubi kentang
    1/2 batang lobak merah

Cara-cara
Langkah 1
Mula-mula cuci tulang temulang.

Langkah 2  
Kupas bawang putih. Pastu bersihkan.

Langkah 3
Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincang biar jadi halus.

Langkah 4
Hiris pula halia nipis-nipis. Tumbuk halia dengan bawang putih.


Langkah 5
Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.

Langkah 6
Masuklah air dengan tulang-tulang. Rebuslah sehingga tulang empuk (lama).

Langkah 7
Bila dah empuk tu, masukkan pula ubi kentang dengan lobak merah.

Langkah 8
Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk.

Langkah 9
Masukkan pula sedikit gula. Masukkan garam secukupnya.

Langkah 10
Hidang sambil letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Juga letakan limau nipis.

Selesai.. Alhamdulillah. Kawan-kawan semua.. Bila berbuka jangan lupa baca doa berbuka dulu. Hmmm.. lagi elok berbuka dengan sebiji tamar dahulu. Lebih berkat dengan mengikuti sunnah Nabi(saw) ini. Insya'allah

Sunday, 31 July 2011

Istilah Islam Dan Istilah Melayu Dalam Ramadan = Harmoni Suasana


     Assalamulaikum.. Apa kabar kawan-kawan.. Nampaknya, kawan-kawan semua dah bersedia menyambut Ramadan Mubarak yang mulia. Kalau boleh pahatkan azam untuk berpuasa sepenuh bulan. Aip!! ader yang nak ponteng ke. Tak baik begitu tau. Ingat.. Allah SWT sentiasa dapat melihat dan mengetahui apa yang dilakukan oleh hamba-Nya walaupun orang lain tak nampak.

    Sempena hari pertama puasa esok, sajalah nak kongsi dengan kawan-kawan, istilah-istilah yang ader sepanjang bulan puasa. Nak tahu ke apa dia jom kita kongsi bersama. Kita mulakan dengan istilah-istilah dalam amalan Agama Islam kemudian diikuti dengan amalan Melayu;

Amalan Agama Islam

1. Berpuasa-Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari 

2.Zakat Fitrah - WAJIB ke atas setiap orang Islam. Kadar zakat fitrah : Satu gantang baghdad, berasamaan 2.7 kilogram

3. Bersedekah-Sedekah jariah ini adalah pemberian yang bermanfaat dan yang baik.

4.Tadarus-Ialah saling mempelajari al-Quran iaitu seorang membaca dan yang lain mendengar dan memerhati bacaannya. 

 5.Berbuka-Makan setelah satu hari puasa, ia bermula setelah masuk waktu maghrib.

6.Bersahur-Makan untuk mengumpul tenaga sebelum masuk waktu subuh

7.Imsak-Ertinya menahan. Tempoh kira-kira 15 minit sebelum masuk waktu subuh. Rasulullah SAW biasanya mengaji pada waktu ini.

8.Tarawih-Solat sunat di Bulan Ramadan sahaja. Selepas solat 'isya.

9.Lailatul Qadar-Waktunya 10 hari terakhir bulan Ramadan. Sunat berdoa.

10.Nuzul Quran-Proses penurunan Al-quran ke bumi.

11.Sirah Nabi-Kisah-kisah para Nabi dan Rasul.

12.Kurma-Sejenis buah tamar. Sunnah nabi bersahur dengannya.

13.Berzikir-Menyebut ungkapan kalimah Allah atau kalimah bertaubat berulangkali dalam hati atau dengan bersuara.
 
14.Syaitan Diikat-Syaitan dihalangi untuk menghasut manusia untuk memudahkan berpuasa


Amalan Melayu

1.Kad Raya-Kad yang dihantar melalui internate atau pos untuk mengucapkan Selamat Menyambut Syawal.

2.Pelita-Benda yang dinyalakan api, dihadapan rumah dengan menggunakan sumbu dan minyak gas pada hujung bulan puasa-untuk nyalakan bunga api.

3.Bunga Api-Mainan percikan api yang bewarna-warni.

4.Baju Raya-Baju yang dibeli untuk menyambut syawal- dibeli seminggu akhir bulan puasa.

5.Kuih Raya-Makan ringkas atau manisan masa raya-pun dibeli akhir bulan puasa.

6.Lampu Lip-lap- Lampu yang bewarna-warni yang dipasang disekeliling bumbung untuk 'happy'.

7.Bubur Lambok-Nasi cair yang dimasak bersama ayam diracik, lada hitam dan halia.

8.Air Lan Chee Kang -Air warna hitam atau gelap yang mengandungi laichi, bunga katira, cincau, biji selasih, kacang.

9.Lagu Raya-Bunyian hiburan berkaitan syawal.

10.Tiket Bas-Sekeping kad kecil untuk kebenaran menaiki bas untuk balik beraya.

11.Kain Palikat-Kain yang dipakai ketika ke masjid untuk tunai solat contoh Solat Tarawih (pakaian lelaki).

12.Songkok-Penutup kepala untuk ke masjid.

13.More-Makanan berbuka di surau atau masjid.

Friday, 29 July 2011

Ramadhan Time Table, It Easy To Follow..


(klick on the image above to more clearly or to print)


Assalamualaikum ... all friends. Have you made preparations to face this blessed month of Ramadan? What! .. Not yet. Hmmm ... Posted determination that can be friends. If we can grab the opportunity to worship as much as possible. worry if the month of Ramadan is probably the last we met.


Rewards are very many times over. Maybe we can 'jump' reward our worship more quickly and more in this month. Therefore, the table we can fill in the month of Ramadan that we will face a few days.


Sisters, brothers, all the mother and fathers, can upload the table, print out and tack it to the wall. And .. remember having done so, tick the box blank. Insha'Allah, with this schedule, we are not left out deeds that we want to do. Done, Good Charity Fast and Secure.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...